BMW Malaysia hari ini telah memperkenalkan BMW X3 sDrive20i M Sport, BMW X3 xDrive30i M Sport dan BMW X3 xDrive30e M Sport bersama BMW X4 xDrive30i M Sport buat julung kali diperkenalkan untuk pasaran Malaysia, sekali gus memaksimumkan kemampuan kuasa dan elektrifikasi jentera Sports Activity Vehicle bersaiz sederhana dari famili BMW X.
Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Portfolio BMW X telah membina reputasinya dan khususnya di Malaysia dalam pengeluaran jentera Sports Activity Vehicles (SAV) . Tahun lalu, portfolio BMW X telah merekodkan lebih 3,200 penyerahan di Malaysia.
Tambah de Visser, “BMW Group Malaysia juga teruja untuk memperkenalkan jentera BMW X3 berelektrik kami yang dipasang di dalam negara buat kali pertamanya, di samping menyediakan pelbagai opsyen rangkaian kuasa bagi mereka yang ingin merasai pengalaman pemanduan yang berbeza.”

Read more about the variant here
Baca artikel lain di portal LatestMalaysia