Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata BN gagal PRU-14 kerana ketidakmampuan menguasai platform di media sosial.
“Sedangkan lawan BN pada waktu itu memanipulasi sepenuhnya platform berkenaan untuk melancarkan propaganda dan tohmahan mereka.
“Maka kita katakan pada mereka ‘no more drama’. Kini media sosial juga gelanggang BN. Seluruh jentera Wanita, Pemuda dan Puteri BN akan gempur,” tegas Zahid.