Siapa Zainab Mohd Salleh? Dakwa Rafizi Ramli

1 min read

Penguacapan tersebut ditularkan di laman sosial Facebook mengenai kes LCS yang diceritakan oleh Rafizi Ramli beberapa hari yang lepas. Beliau berkata bahawa penafian Datuk Dr Latiff Ahmad hari ini sangat lemah.

Tambahan pula, beliau perincikan nama syarikat, jumlah yang terlibat dan hubung kait dengan beliau. Beliau juga sertakan perenggan khusus dalam laporan siasatan dalaman yang menyatakan Zainab Mohd Salleh adalah isteri beliau.

Beliau hanya menafikan yang Zainab Mohd Salleh bukan isteri beliau dengan merujuk kepada laporan berita yang tular. Kebetulan yang tular sebelum itu adalah satu kesilapan seorang netizen yang menuduh Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Dialog Berhad sebagai “Zainab Mohd Salleh” yang terlibat dengan skandal ini.

Zainab Mohd Salleh (LCS) adalah individu yang berlainan.

Bila Dr Latiff hanya merujuk kepada “berita yang tular”, ada macam-macam kemungkinan maksud kenyataannya, termasuklah dia bukan suami kepada CFO Dialog (kita semua pun tahu).

Kawan-kawan yang mengikuti jangan cepat gelabah. Ada saja netizen yang cepat-cepat kata serkap jarang dan sebagainya. Kamu ingat nak jejaki jerung dan siasat mereka, sebagai rakyat biasa tanpa kuasa, sama macam Najib buat muka sedih minta simpati ke?

Rafizi Ramli juga berkata “sudah berkali-kali dibuktikan benar. Rekod pendedahan saya mengenai skandal-skandal besar negara, bermula NFC, Tabung Haji, MARA, LTAT, Felda, SRC dan 1MDB semuanya berakhir dengan pendakwaan di mahkamah kepada mereka yang terlibat.”

Beliau mengatakan bahawa dokumen dokumen tersebut akan ditunjuk esok. Kita harus menunggu dengan kes yang mencabar ini.

Leave a Reply

Previous Story

Najib Wishes Wrath of God On SRC ’plotters’

Next Story

Minister’s Wife Firms ‘Siphoned’ RM243m LCS Project Funds

Latest from Blog

0 $0.00
%d bloggers like this:
Verified by MonsterInsights