Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dalam sebuah posting di Facebook berkongsikan bukti menunjukkan pemilikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dan individu bernama Zainab Mohd Salleh terhadap syarikat subkontraktor dalam projek LCS.
Beliau berkata, beberapa bukti penglibatan Abd Latiff melalui Zainab, iaitu individu dipercayai isteri kepada bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu dan syarikat, Alizes Marine Limited boleh dilihat melalui Laporan Forensik Projek LCS yang dinyahwarta pada Isnin.
“Hubung kait di antara Abd Latiff dengan Zainab diperkuatkan lagi apabila semakan pemilikan saham Mega P Asia menunjukkan Abd Latiff dan Zainab merupakan pemegang majoriti saham syarikat itu,” jelas beliau.