Perniagaan Runcit Tegas Parlimen Abaikan Permintaan Untuk Memperbaikikan Undang-Undang GEG

2 mins read

The Malaysian Singapore Coffeeshop Proprietors’ General Association (MSCSPGA), Malaysian Indian Restaurant Owners Association (PRIMAS), Malaysian Muslim Restaurant Owners Association (PRESMA) dan Federation of Sundry Goods Merchants Associations Malaysia (FSGMAM) meminta Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) untuk cadangan Rang Undang-undang Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok 2022 (RUU GEG) dijalankan dengan sewajarnya serta melalui penglibatan menyeluruh dengan semua pihak yang akan terjejas oleh rang undang-undang GEG.

“Sehingga kini, kami tidak dirujuk mengenai Rang Undang-undang GEG dan tidak menerima sebarang taklimat mengenai pelaksanaan langkah-langkah yang dicadangkan seperti yang dilaporkan dalam media.”, kata Wong Teu Hoon, Presiden The Malaysian Singapore Coffeeshop Proprietors’ General Association (MSCSPGA).

Kami menyokong agenda KKM dalam mengurangkan jumlah perokok di Malaysia. Apa yang kami minta adalah untuk dirujuk dan untuk pandangan kami didengari. Kami berharap supaya dapat dijemput untuk berkongsi pendapat kami. Oleh itu, satu perundingan, taklimat dan kajian impak yang komprehensif harus diadakan dengan peruncit supaya kita dapat menambah baik bil GEG bersama-sama. Peruncit mengadakan sidang akhbar untuk menyatakan kebimbangan mereka tentang rang undang-undang GEG.

Terutamanya, memandangkan Kementerian Kesihatan tidak akan dapat menyediakan penguatkuasa di setiap kedai runcit, peruncitlah yang menjadi barisan hadapan dalam melaksanakan rang undang-undang GEG. “Pengendali runcit akan menjadi individu yang dijangka untuk menjalankan semakan ID yang akan menyebabkan ketegangan tertentu dalam kedai. Memandangkan rang undang-undang itu tidak membenarkan mereka yang lahir selepas 2007 bekerja di kedai yang menjual rokok, kos operasi untuk perniagaankecil ini akan meningkat dan menyebabkan ramai yang menggulung tikar.”, berkata Malaysian Indian Restaurant Owners Association (PRIMAS) President Mr. J Suresh

Pada masa ini, jualan produk tembakau yang sah di kedai runcit membentuk 30% daripada jumlah keuntungan semasa. GEG akan memberi kesan yang signifikan kepada keuntungan kedai runcit sewaktu negara sedang bersedia untuk menghadapi kemelesetan ekonomi global.

“Peruncit juga bimbang tentang penalti yang disenaraikan di bawah GEG iaitu mana-mana peruncit yang ditangkap menjual rokok kepada seseorang yang tersenarai dalam generasi GEG akan didenda minimum RM 30,000 atau dipenjara sehingga 3 tahun atau kedua- duanya.”, berkata Federation of Sundry Goods Merchants (FSGMAM)

President Mr. Hong Chee Meng. Melaksanakan GEG adalah tidak semudah penguatkuasaan umur minimum untuk menjual rokok atau alkohol. Undang-undang ini berbeza kerana generasi GEG akan semakin tua setiap tahun.


Memandangkan ramai peguam sudah mendakwa bahawa GEG bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, peruncit tidak mahu diheret ke mahkamah apabila GEG akhirnya dicabar secara sah, berkata The President of Malaysian Muslim Restaurant Owners Association (PRESMA) President Dato Jawahar Ali Taib Khan Peguam telah pun menulis dalam media bahawa GEG mungkin bertentangan dengan Perkara 8 perlembagaan.

Perkara 8 menyatakan bahawa undang-undang mesti beroperasi sama ke atas semua orang dalam keadaan yang saksama. Ini bertentangan dengan prinsip kesaksamaan iaitu setiap individu berhak dilayan dalam “keadaan yang sama.”

43 ahli gabungan bawah MSCSPGA:

  1. Persatuan Peniaga Kopi, Restoran dan Bar, Johor Bahru
  2. Persatuan Kedai Kopi Dan Restoran Segamat
  3. Coffee Shopkeepers’ Association Batu Pahat
  4. Muar District Coffee Merchants Association
  5. Pontian Coffee Shopkeepers’ Association
  6. Kluang Coffee Shops Association
  7. Persatuan Kedai Kopi Dan Restoran, Mersing, Johor
  8. Persatuan Pekedai Pekedai Kopi Melaka
  9. Negeri Sembilan Coffee Shop, Bar, Restaurant And Hotel Keepers’ Association
  10. Persatuan Saudagar Kopi, Arak, Restorant Dan Hotel, Port Dickson
  11. Selangor & Kuala Lumpur Chinese Coffee & Tea Shopkeepers’ Association
  12. Selangor & Kuala Lumpur Foochow Coffee Bar & Restaurant Merchants’ Association
  13. Persatuan Peniaga-Peniaga Kopi, Bar & Restoran Petaling Jaya
  14. Persatuan Peniaga-Peniaga Kopi, Teh dan Restoran, Kelang dan Pantai Selangor
  15. Persatuan Pekedai Kopi Daerah Temerloh
  16. Persatuan Pekedai Kopi Daerah Lipis, Raub Dan Jerantut (1989)
  17. Kuantan Cafe Association
  18. Perak Coffee Shopkeepers’ Association
  19. Persatuan Pekedai Kopi Perak Utara
  20. The Coffee Shop Keepers’ Association
  21. Persatuan Pekedai Kopi Dan Restoran Manjung
  22. Central Perak And Upper Perak Coffee Dealers’ Association
  23. The Foochow Coffee-Shop Owner’ s Association
  24. Penang And Province Wellesley Cafe Association
  25. Persatuan Tuan-Tuan Empunya Kedai Kopi & Kedai Makanan Seberang Perai
  26. Kedah Chinese Coffee Shopkeeper’s Association
  27. Central Kedah Coffee Shop Owner’s Association
  28. Persatuan Kedai-Kedai Kopi Kedah Selatan
  29. Persatuan Kedai Kopi Hotel & Restoran Terengganu
  30. Persatuan Pekedai Kopi, Restoran Dan Hotel Cina Kelantan
  31. Persatuan Tuan-Tuan Empunya Kedai Kopi Perlis
  32. Kuching Coffee Shops and Restaurants Owners Association
  33. Sibu Coffee Shop & Restaurant Owners’ Association
  34. Sarikei Coffee And Restaurant Trader’s Association
  35. Kapit Coffee Shop & Restaurant Owner’s Association
  36. Miri Coffee Shops Association
  37. Persatuan Peniaga Kopi Dan Restoran Bahagian Sri Aman Dan Betong
  38. Persatuan Pemilik Kedai Kopi Dan Restoran Mukah
  39. Persatuan Pemilik Kedai Kopi Dan Restoran Bintangor, Sawarak
  40. Persatuan Restoran Dan Kedai Kopi Sandakan
  41. Sabah West Coast Coffee Shops And Restaurants Association
  42. Persatuan Peniaga-Peniaga Makanan Dan Minuman Tawau
  43. Persatuan Peniaga Kedai Kopi Dan Restoran Bintulu

Leave a Reply

Previous Story

Khairy Shoots Down Plots For Flood-Season Elections

Next Story

University Student Arrested for Alleged Child Pornography

Latest from Blog

0 $0.00
%d bloggers like this:
Verified by MonsterInsights