Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin memaklumkan urusan permohonan sebagai pemerhati bagi PRU Ke-15, dibuka bermula pada hari ini 11 Oktober 2022 dan akan ditutup pada 21 Oktober 2022.
Permohonan sebagai pemerhati yang mewakili organisasi adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sila layari Portal SPR di alamat https://www.spr.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memuat turun Borang Permohonan.
Pemerhati dibenarkan untuk membuat pemerhatian bagi proses-proses pilihan raya seperti proses penamaan calon, berkempen, mengundi awal, proses mengundi dan pengiraan undi dan penjumlahan undi sehinggalah pengisytiharan keputusan pilihan raya.