Dua maut, remaja termasuk seorang pelajar Tingkatan Tiga, selepas motosikal ditungganginya bertembung dalam kejadian di Pantai Puteri, Tanjung Kling, di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.18 pagi itu, mangsa Khairul Nizam Sham, 18, dan Muhammad Amirul Hadi Norizan, 15 disahkan maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Kemalangan itu berlaku apabila kedua-dua mangsa yang masing-masing datang dari arah bertentangan telah bertembung sebelum terjatuh.
Dua Maut


