Turkiye: Kerana mahukan wang insurans nyawa isteri, seorang suami di Turki, Hakan Aysal, 40, sanggup membunuh isterinya, Semra, yang mengandung tujuh bulan, dengan menolaknya dari tebing setinggi 304 meter di Butterfly Valley, Fethiye, selatan Turki, pada Jun 2018.
Dari tebing bukit di lembah inilah Hakan menolak Semra tanpa rasa belas kasihan kepada isteri yang langsung tidak mengesyaki rancangan jahat si suami. Di sangka suaminya mahu mengajak bersiar-siar, rupanya hanya muslihat sahaja.
Memetik surat khabar di Turkiye, perbuatan jahat suami menerima balasan apabila Mahkamah Tinggi Fethye pada akhir bulan lalu menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Hakan atas jenayah kejam terhadap isterinya.
Suami dipenjara seumur hidup

Suami dipenjara seumur hidup dan perlu menjalani tempuh penjara sekurang-kurangnya 30 tahun sebelum boleh dipertimbang untuk dibebas.