Pelakon dan pempengaruh media sosial dan Sitik Tok, Syazlin Zainal, 26, dilaporkan meninggal dunia di Johor pada Khamis namun punca kematian masih dalam siasatan.
Terdahulu, berita sedih itu dikongsikan rakan Syazlin iaitu Zeatyalia di IG Stories miliknya pada petang Khamis, “Tidak ada kenyataan lain yang akan dikongsikan. Saya perlu menghormati privasi keluarganya.
“Saya kehilangan rakan hari ini. Saya tidak tahu bagaimana untuk luahkan perasaan saya sekarang ini. Saya juga sedang memahami apa yang berlaku,” tulisnya.
Sitik Tok
