Pelakon drama Oh My Hantaran, Syazlin Zainal maut dipercayai akibat jatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Taman Iskandar hari jumaat lalu, kata ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat selepas menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat wanita berusia 26 tahun itu di bahagian bawah pangsapuri tersebut pada 12.50 tengah hari.
“Hasil siasatan mendapati mangsa merupakan seorang wanita yang bekerja sebagai pelakon sambilan. Sebab kematian adalah jatuh dari tingkat 22 pangsapuri dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata menerusi siasatan awal, pihaknya tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Pelakon drama
