Bantuan Tunai B40 dijenamakan semula kepada nama baharu iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan usaha ini akan ditambah baik kerajaan bagi membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau memutuskan supaya STR Fasa 1 untuk golongan Below 40 diawalkan kepada Januari ini berbanding perancangan awal pada Mac bagi meringankan beban sara hidup rakyat.
Bantuan Golongan B40
Justeru katanya, pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data secara berperingkat mulai esok (17 Januari).
Read More News @LatestMalaysia
