Memperkasa Pelancongan Agro Di Negeri Selangor Melalui Aktiviti Berkonsepkan Pelancongan

1 min read

Pelancongan agro dan pelancongan berasaskan komuniti merupakan antara fokus utama negeri Selangor bagi memperkasakan industri pelancongan untuk tahun 2023. Melalui amanat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari ketika pembentangan belanjawan negeri Selangor bagi tahun 2023, kerajaan Negeri Selangor akan menyalurkan sebanyak RM 500,000 bagi pembangunan pelancongan agro di bawah Pelan Transformasi Agro Selangor atau PeTA yang menjadi teras kepada sektor pertanian negeri Selangor.

Selangor

Pelancongan Agro Sungai Panjang di Sabak Bernam merupakan antara produk pelancongan agro baharu, yang diperkenalkan bagi membangunkan ekonomi di daerah tersebut. Dikendalikan oleh Sungai Panjang Agro Tourism Sdn Bhd (SPAT) dan dikelola oleh Persatuan Integrasi Komuniti Usahawan Muda (PIKOM), inisiatif ini tertumpu kepada peningkatan sosio-ekonomi penduduk setempat khusnya golongan belia dan wanita di Sungai Panjang dan kawasan sekitarnya.

Pelancong boleh merasai sendiri aktiviti berkonsepkan pelancongan berasaskan komuniti seperti lawatan ke kebun-kebun yang diusahakan oleh lebih 25 pengusaha ladang komersial (agro), di samping melawat kehijauan sawah padi dengan berbasikal dan menaiki trem atau dengan menggunakan ATV yang disediakan oleh pengusaha inap desa berdekatan. 

Pelancongan Agro melalui aktiviti berkonsepkan pelancongan berasaskan komuniti bukan sahaja mampu memberikan pengalaman melancong yang menarik kepada para pelancong, malah berpotensi meningkatkan ekonomi penduduk setempat, seperti lawatan ke Industri Kecil Sederhana, di mana pelancong boleh mempelajari proses pembuatan kerepek, di samping merasai kehidupan masyarakat Jawa dan Banjar melalui makanan tradisi yang terdapat di kedai-kedai dan restoran yang tersedia di sekitar kawasan Sungai Panjang. 

Keberhasilan pelancongan agro ini dapat dilihat dengan pengiktirafan Ladang Melon Selangor (MeloSel) yang pertama di Sungai Besar, Sabak Bernam oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin binti Abdul Rahman. Ladang Melon Selangor di Sungai Besar ini merupakan Ladang Melon Selangor yang pertama dikomersialkan dengan menggunakan kaedah pertanian pintar, di mana julung kalinya telah dibuka kepada orang awam pada tahun ini.

Selangor

Read More News @LatestMalaysia

Selangor To Remain A PH Stronghold

Dr. Awang Azman Pawi, from the University of Malaya, predicts that the ruling party, Parti Keadilan Rakyat (PKR) in Malaysia will maintain its grip over the state of Selangor and will win more seats than in the last election. READ MORE

Leave a Reply

Previous Story

Rise of #TollGate: Malaysians resorting to evasive tactics to avoid toll payments

Next Story

US Police Hunt Gunman Who Killed 10 In Lunar New Year Shooting

Latest from Blog

0 $0.00
%d bloggers like this:
Verified by MonsterInsights