Bagi meringankan beban mangsa-mangsa bencana gempa bumi yang melanda Turkiye, Syria dan negara-negara sekitar, Kementerian Luar Negeri (KLN) melancarkan kempen sumbangan kemanusiaan melalui Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri (TBKLN) bermula 10 sehingga 23 Februari 2023.
Maklumat mengenai TBKLN adalah seperti berikut:

Nama Bank : Affin Islamic Bank Berhad, Cawangan Putrajaya
Akaun : 1054 9000 0599
Bantuan
TBKLN yang telah ditubuhkan pada 2006 adalah bertujuan untuk mengumpul serta menyelaras sumbangan daripada orang awam di Malaysia bagi membantu mangsamangsa bencana alam di luar negara. Atas keprihatinan dan semangat Malaysia Madani, usaha murni ini diteruskan lagi dengan mengumpul dana sumbangan kemanusiaan bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi yang terkesan.
Sehubungan itu, KLN mengalu-alukan orang ramai, kumpulan korporat dan perniagaan serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyalurkan sumbangan melalui TBKLN. Sumbangan yang dibuat adalah layak dituntut sebagai potongan cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967. Maklumat mengenai TBKLN adalah seperti berikut:
Nama Akaun : Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri
Nama Bank : Affin Islamic Bank Berhad, Cawangan Putrajaya
Nombor Akaun : 1054 9000 0599
Bagi tujuan rekod dan pengeluaran resit, sila nyatakan butiran sumbangan anda melalui pautan https://tinyurl.com/yck9tnen atau mengimbas kod QR di bawah. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Sekretariat TBKLN melalui emel tbkln@kln.gov.my.