Industri Vape Meningkat Kepada RM2.49 Bilion (9.6%)

1 min read
kazimahmood
UX/UI Designer at - Adobe

KUALA LUMPUR, 20 Februari 2023Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM) hari ini mendedahkan data awal bagi industri vape, yang mengesahkan bahawa sektor itu telah bertumbuh dan semakin menjadi penyumbang ekonomi yang bernilai kepada negara.

Data 2022 terkini ini adalah kemas kini kepada laporan sulung yang dijalankan pada 2019 yang menganggarkan industri ini bernilai RM2.27 bilion ketika itu. Terkini, nilai runcit industri vape meningkat sebanyak 9.6% kepada RM2.49 bilion.

Peningkatan Industri Vape di Malaysia

Bagaimanapun, berbanding 2019, bilangan kedai vape telah menurun, daripada 3,000 kepada 2,250 berkemungkinan disebabkan oleh situasi pandemik dalam beberapa tahun lalu yang mengakibatkan banyak kedai vape gulung tikar. Pada masa yang sama, penemuan itu juga menunjukkan bahawa industri telah memperluaskan saluran jualannya dengan produk vape kini turut dijual di kedai-kedai runcit am. Menurut penemuan DPVM, terdapat kira-kira 7,500 kedai runcit am yang juga menjual produk vape.

Berdasarkan anggaran terkini DPVM, bilangan pengeluar dianggarkan berjumlah 200 orang manakala bilangan pengimport meningkat kepada 100. Sehubungan itu, DPVM turut menganggarkan industri vape kini telah menyediakan pekerjaan secara langsung dan tidak langsung kepada 31,500 pekerja yang terlibat dalam industri vape.

Ridhwan Rosli, Setiausaha Agung DPVM berkata, “Penemuan ini adalah petunjuk jelas tentang potensi kukuh dan daya tahan industri walaupun terkesan ekoran pandemik. Selain mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk ramai rakyat Malaysia, industri vape juga telah berkembang untuk mengukuhkan ekosistem PKSnya serta menarik lebih banyak pelaburan.

Industri ini juga bersedia untuk menyumbang hasil yang besar kepada negara, dengan penganalisis ekonomi menganggarkan bahawa Kerajaan boleh mengutip sehingga RM1 bilion hasil cukai eksais daripada industri sebaik peraturan bermula serta memberikan keyakinan kepada pelabur untuk mencurahkan lebih banyak pelaburan domestik dan asing.”

“Kami juga menganggarkan jumlah pengguna vape di Malaysia meningkat kepada antara 1.4 hingga 1.5 juta pengguna kerana data awal menunjukkan jumlah jualan produk vape di pasaran meningkat. Ini menambah kepada keperluan peraturan dengan segera untuk memastikan pengguna vape di Malaysia mempunyai akses kepada produk yang dikawal selia dengan standard kualiti dan keselamatan.”

Penemuan ini adalah sebahagian daripada laporan komprehensif berkaitan industri yang dijalankan oleh DPVM. Data penuh akan diterbitkan dalam beberapa bulan lagi dan akan juga meliputi trend peruncitan vape dan tabiat pengguna.

industri vape

Read More News @LatestMalaysia

School Motivator Unapproved By Netizens 

A number of Malaysian schools at times would hire motivators to lift up the spirits of students. A viral video showed a motivator encouraging a student to scream out her desire for good results. READ MORE

More Photos – Industri Vape

Industri Vape

Leave a Reply

Previous Story

Gigamon: Approximately one in three organizations are seeing a malicious insider

Next Story


Crosswalks Are The New Fashion Runway 

Latest from Blog

0 $0.00
%d bloggers like this:
Verified by MonsterInsights