/

Wellspire Raih Pembaharuan Kontrak Dengan QiaQia Food

1 min read

KUALA LUMPUR, 22 FEBRUARI 2023 – Wellspire Holdings Berhad, syarikat pengedar makanan dibungkus untuk pengguna dan peruncit dalam talian makanan di Thailand, hari ini mengumumkan bahawa ia telah, melalui anak syarikat 75.01% miliknya, Bai Li Enterprise Co, Ltd (Bai Li Enterprise), berjaya memperbaharui kontrak pengedarannya dengan QiaQia Food Co, Ltd, pengeluar biji dan kuaci panggang serta makanan ringan yang dibakar di China.

Wellspire telah terlibat dengan QiaQia untuk mengedarkan kuaci ChaCha dan produk kacang secara eksklusif di Thailand sejak 2013. Kontrak pengedaran yang diperbaharui, yang akan bermula dari 1 Julai 2022 hingga 30 Jun 2023, akan menyaksikan Wellspire terus mengedarkan produk tersebut di Thailand.

Wellspire Kontrak Dgn QiaQia

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Wellspire, Mo Guopiao berkata, “Wellspire berbesar hati dengan kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh QiaQia. Pembaharuan kontrak ini adalah bukti terhadap kepakaran dan rangkaian pengedaran luas kami menerusi saluran edar tidak langsung, dibentuk lebih sedekad di dalam industri makanan dibungkus untuk pengguna di Thailand.

“Kontrak ini juga mengukuhkan kedudukan kami sebagai pengedar barangan dibungkus untuk pengguna terkemuka di Thailand dan dijangka menyumbang secara positif kepada perolehan Kumpulan sepanjang tempoh kontrak,” kata beliau.

Menurut Mo, permintaan bagi makanan ringan berkhasiat seperti produk kuaci dan kacang dijangka meningkat di Thailand di mana pendapatan isi rumah dan perbelanjaan pengguna kian memulih dalam fasa pasca pandemik. “Dalam laporan Statista, peneraju penyedia data pasaran dan pengguna, perolehan di dalam segmen Makanan Ringan di Thailand dijangka berjumlah kira-kira AS$1 bilion (RM4.3 bilion) pada 2023. Pasaran ini dijangka tumbuh secara tahunan sebanyak 8.32% (CAGR 2023-2027),” kata Mo.

More Photos – Wellspire

QiaQia Food
QiaQia Food Kontrak
Wellspire QiaQia Food

Leave a Reply

Previous Story

Cobra Captured In Anwar Ibrahim’s House A Menacing 1-Metre Long

Next Story

Groundbreaking: Muhyiddin, Hamzah, Kiandee Attend Court

Latest from Blog

0 $0.00
%d bloggers like this: