KUALA LUMPUR, 16 MAC 2023 – OpenAcademy, platform pembelajaran yang mengubah pemahaman dan pengalaman pengamal industri berasaskan kandungan, hari ini telah melancarkan aplikasi pembelajaran bersaiz gigitan (bite-size) yang dinaik taraf iaitu, OpenAcademy App.
Aplikasi OpenAcademy App
Pembaharuan ini meningkatkan pengalaman pengamal industri, dengan memberi pakar-pakar keupayaan untuk mengatur kandungan mereka sendiri pada platform, membina bank kandungan mereka dan menukar minat dan pandangan mereka kepada pendapatan seterusnya mengubah mereka menjadi pencipta kandungan di dalam platform. Pencipta kandungan pada Creator Hub boleh merakam dan memuat naik kandungan secara terus ke platform, mempunyai akses kepada maklumat pengikut dan pelanggandan memperoleh pendapatan melalui pengguna yang melanggan kandungan mereka.

Celine Ting, Pengarah Urusan OpenAcademy, berkata, “OpenAcademy bermula pada 2019 sebagai platform pendidikan yang bertujuan untuk menyampaikan program perniagaan yang tidak berat sebelah secara langsung daripada pakar industri kepada pelajar, syarikat baru dan profesional melalui latihan luar talian. Tetapi apabila 2020 melanda, kami terpaksa mencari kelainan. Kami tidak mahu hanya melancarkan satu lagi kursus dalam talian tetapi mahu memberi peluang kepada individu dari pelbagai latar belakang, pengalaman dan industri untuk belajar dengan lebih mudah dengan aplikasi OpenAcademy. Hari ini, versi 2.0 kami akan membawa pengguna dan pencipta kandungan lebih maju ke hadapan.”
“Kami mahu menekankan pembelajaran on-the-go tanpa menjejaskan kualiti dan kredibiliti kandungan. Ia menjadi alat yang sempurna bagi individu yang mementingkan pengetahuan untuk memperoleh maklumat secara interaktif. Cara pembelajaran orang ramai sentiasa berubah, oleh itu penting bagi kami untuk sentiasa meningkatkan pembelajaran dan mencipta pengalaman untuk pengguna kami, sama ada mereka pencipta kandungan atau pelajar. Oleh itu, terhasillah versi 2.0.”
“Kami akan terus meningkatkan kualiti aplikasi kami untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dan pencipta kandungan yang sentiasa berubah-ubah. Kami juga sedang melihat untuk menambah ciri pembangunan komuniti termasuk ciri yang menggalakkan interaksi yang menghubungkan pengguna secara langsung dengan pencipta kandungan dan kandungan yang lebih spesifik untuk pengguna belajar darinya.” tambah Celine.
Tawaran Aplikasi OpenAcademy
Aplikasi OpenAcademy kini menawarkan lebih 500+ video bersaiz gigitan dan 500+ bahan pendidikan interaktif oleh pakar dari semua industri. Topik termasuk pemasaran digital, penjenamaan, keusahawanan, pemula, kepimpinan, minda, kesihatan mental, pengumpulan dana dan penciptaan kandungan. Aplikasi pembelajaran ini menyasarkan untuk mencapai 100,000 pengguna aplikasi ini di seluruh Asia Tenggara dan mengintai untuk mendapatkan 70 hingga 100 pencipta kandungan dalam jangka masa yang singkat.
Aplikasi mudah alih kini tersedia di Google Play atau di Apple App Store.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://theopenacademy.org/
Read More News @LatestMalaysia
Christian Dior Hosting Pre-Fall 2023 Show In Mumbai
The collection will include traditional Indian designs such as silk dresses, evening coats, and sari-inspired skirts, with some pieces featuring Chanakya Atelier’s embroidery, READ MORE
More Images
