///

PayNet Taja Penyertaan Atlet Triatlon Cemerlang Di Ironman Hawaii Demi Menyokong Penglibatan Wanita Dalam Sukan

2 mins read
PayNet
(Kiri-Kanan) Teoh Sue Ling, Heliziana Madzin, Ketua Pemasaran Strategik PayNet, Serena Yang Chen Yin bersama dengan Noor Zakira Binti Zulrimi.

Sorotan Penting:

  • PayNet iktiraf kekuatan luar biasa 3 wanita Malaysia penuh inspirasi atas pencapaian hebat mereka di 2 acara IRONMAN di Malaysia, dan menaja atlet triatlon yang berjaya ke acara IRONMAN antarabangsa di Hawaii.  
  • Sokongan tajaan bertepatan dengan nilai-nilai jenama PayNet, iaitu keberanian, keyakinan dan kecekalan, ciri-ciri penting untuk berjaya dalam pertandingan menguji kelasakan dan ketahanan & juga sejajar dengan strategi DEI syarikat. Tajaan lain sedang dirancang bagi menyokong keterangkuman dan menepikan halangan penyertaan. 

KUALA LUMPUR, 3 April 2023 – Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini mengumumkan bahawa syarikat akan melanjutkan tajaan seorang atlet triatlon wanita yang cemerlang untuk bersaing di pertandingan IRONMAN antarabangsa pada bulan Oktober – sejajar dengan usaha  PayNet menyokong penglibatan Wanita Malaysia dalam bidang sukan. Tajaan ini juga memperlihatkan komitmen kukuh PayNet terhadap kesaksamaan jantina dalam bidang sukan dan menekankan tumpuan PayNet terhadap pemasaran terangkum. 

Event PayNet sebelum ini

PayNet sebelum ini telah menaja 3 atlet triatlon wanita iaitu Noor Zakira Binti Zulrimi, 31 tahun, Serena Yang Chen Yin, 30 tahun, dan Teoh Sue Ling, 43 tahun untuk bersaing dalam IRONMAN Malaysia 2022 dan IRONMAN 7.0 Langkawi pada 5 November 2022. Hanya Noor Zakira berjaya melayakkan diri untuk bertanding di Kejohanan Dunia IRONMAN di Kona, Hawaii, pada 14 Oktober 2023. 

PayNet

Tajaan PayNet adalah dalam bentuk kit pakaian sukan lengkap berjenama ‘DuitNow’ dan pembiayaan sebahagian daripada perbelanjaan untuk bersaing dalam perlumbaan di Hawaii.  Semua ini dijangka membolehkan Noor Zakira memberikan tumpuan penuh untuk membuat persiapan fizikal dan mental untuk mencapai prestasi optimum. 

Menurut Khairuan Abdul Rahman, Pengarah Kanan, Bahagian Komersial di PayNet, “Di PayNet, kami telah memulakan usaha untuk mencapai kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (‘DEI’) sejak tahun lepas. Kesaksamaan jantina menjadi keutamaan kami dan menjangkaui matlamat DEI dalaman kami untuk turut meliputi penjenamaan korporat dan produk serta penajaan. Kami berbesar hati kerana diberi peluang menaja wanita-wanita luar biasa ini. Sesungguhnya pencapaian mereka adalah sejajar dengan nilai-nilai jenama kami yang merangkumi keberanian, keyakinan dan kecekalan. Matlamat ini juga termasuk memberikan peluang saksama dalam bidang sukan. PayNet berharap untuk melakukan sesuatu yang bermakna untuk meningkatkan profil pertandingan yang sangat mencabar ini sebagai inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk menjadi atlet triatlon.”

PayNet, penyedia infrastruktur pembayaran runcit negara in yang mengendalikan kemudahan pembayaran digital kegunaan umum seperti DuitNow, DuitNow QR, MyDebit dan JomPAY, telah memilih triatlon kerana sukan ini berkait rapat dan sejajar dengan nilai-nilai korporat PayNet. Ciri-ciri inilah yang menjadikan sukan begitu bermanfaat – kerana menguji keupayaan kita mengatasi cabaran demi mencapai potensi penuh kita.  Berasaskan strategi DEI syarikat untuk membina masa depan yang lebih terangkum, PayNet bercadang untuk meneruskan tajaan seumpama ini demi membantu mengatasi sekatan penyertaan untuk membolehkan sesiapa sahaja menceburi aktiviti yang diminati dan mencapai impian mereka. 

IRONMAN adalah satu pertandingan menguji daya tahan yang bermula pada 1978 melibatkan larian jarak jauh, berbasikal dan berenang. Litar, jarak, cabaran dan peraturan sama diguna pakai bagi peserta lelaki dan wanita. Penyertaan wanita bermula pada 1979 dan bilangan peserta wanita telah bertambah sejak itu.  Pada tahun ini, bilangan peserta wanita yang bersaing telah mencapai tahap di mana satu hari larian khusus diperuntukkan di Kejohanan Dunia IRONMAN VinFast 2024 dan juga bagi acara di Hawaii.

“Tajaan oleh PayNet ini sesungguhnya mengiktiraf triatlet wanita seperti kami dan membantu menjadikan persaingan dalam perlumbaan ketahanan lebih mudah. Jenama DuitNow PayNet terkenal di negara ini kerana kemudahannya yang pantas, konsisten dan berdaya tahan. Saya rasa ciri-ciri ini juga diperlukan dalam acara seperti triatlon jarak jauh,” kata Noor Zakira Binti Zulrimi. 

Read More News @LatestMalaysia

Selangor: Mari Terjah 7 Bazar Ramadan Terbaik Di Negeri Kita

Bazar Ramadan terbaik di Negeri Selangor yang menyediakan seleksi makanan dan juadah berbuka puasa yang unik dan popular…

More Images

PayNet
(Kiri-Kanan) Teoh Sue Ling, Heliziana Madzin, Ketua Pemasaran Strategik PayNet, Serena Yang Chen Yin bersama dengan Noor Zakira Binti Zulrimi.

Leave a Reply

Previous Story

Selangor: Mari Terjah 7 Bazar Ramadan Terbaik Di Negeri Kita

Next Story

#ILOVEUNITED Singapore: Meet Legends Andrew Cole and Dwight Yorke

Latest from Blog

0 $0.00
%d bloggers like this:
Verified by MonsterInsights