Apr 27, 2023
- Program Diagnosis Molekul Novartis bersama Pantai Premier Pathology & Subang Jaya Medical Center telah membantu membuat diagnosis lebih awal bagi penghidap aBC dengan gen PIK3CA
- Pengesanan awal kunci kepada usaha menambah baik prognosis bagi penghidap aBC, memberikan gambaran lebih jelas untuk membuat pilihan rawatan
Petaling Jaya, April 27, 2023 – Novartis Malaysia telah melanjutkan kerjasama dengan dua makmal utama di Malaysia, iaitu Pantai Premier Pathology dan Subang Jaya Medical Center (SJMC) – untuk memulakan misi memudahkan orang ramai menjalani ujian PIK3CA. Kerjasama ini diadakan atas kesedaran bahawa diagnosis dan rawatan awal kanser payu dara lanjutan (aBC) membawa kesan ketara terhadap kualiti kehidupan pesakit.
Apabila disahkan menghidap penyakit rumit seperti aBC, pesakit lazimnya digalakkan menjalani saringan bagi mengesan mutasi. Bagaimanapun, ujian ini menelan belanja besar dan boleh menjadi penghalang kepada pesakit yang kurang mampu. Menerusi kerjasama Program Diagnosis Molekular yang dimulakan pada 2020, kos pesakit bagi PIK3CA telah berjaya dikurangkan sebanyak 53%.

Dalam usaha melanjutkan Program Diagnosis Molekular, Pantai Premier Pathology, menerusi kerjasama berterusan dengan Novartis Malaysia, telah melancarkan Kempen Penggalak PIK3CA tahun lepas bagi penghidap ABC HR+/HER2- untuk melakukan ujian bagi mutasi PIK3CA, pada kadar bersubsidi sehingga 85%. Dalam pada itu, Kempen Penggalak PIK3CA telah dimulakan untuk memastikan ujian ini lebih mudah didapati dan akan terus dikendalikan selagi kit ujian bersubsidi ini masih ada.
Kempen Booster PIK3CA
Mohamed Elwakil, Presiden Syarikat, Novartis Malaysia, berkata: “Kami sukacita untuk melanjutkan kerjasama dengan Pantai Premier Pathology dalam kempen ini kerana kami percaya walaupun kemajuan saintifik telah menambah baik pilihan rawatan bagi pelbagai penyakit global, seperti yang dilihat dalam rawatan kanser payu dara dalam tempoh dua dekad lepas, kekurangan alat diagnostik kos rendah yang berkesan menjejaskan kesihatan ramai orang di negara-negara sedang membangun. Justeru, penjagaan kesihatan berkualiti, yang termasuk ujian awal dan berkesan, menjadi kunci untuk menambah baik prognosis dan kualiti kehidupan penghidap kanser payu dara dan sesungguhnya merupakan sebahagian daripada misi Novartis untuk membantu menambah baik diagnosis awal bagi penghidap aBC dengan mutasi PIK3CA.”
Hareef Muhammed, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pantai Premier Pathology, berkata: “Dengan menyediakan ujian PIK3CA pada harga yang lebih murah dalam kempen ini, pesakit tidak perlu lagi tertanya-tanya tentang keadaan penyakit dan yakin terhadap pilihan rawatan berasaskan ujian biopenanda. Malah, kami telah melihat sambutan luar biasa sejak pelancaran kempen pada 2022, yang memberi penekanan kepada kepentingan menyediakan ujian diagnostik yang termampu.”
Setakat ini, Kempen Penggalak PIK3CA telah menyaksikan seramai 200 pesakit mendapat manfaat daripada diagnosis jitu, yang membawa kepada rawatan yang tepat pada masanya untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan dan melanjutkan hayat.
Kepentingan mengenal pasti mutasi PIK3CA lebih awal
PIK3CA ialah gen termutasi paling umum dalam kalangan penghidap kanser payu dara HR+/HER2- aBC2.
Gen PIK3CA mempunyai fungsi penting dalam badan – iaitu menghasilkan salah satu daripada protein dalam enzim yang dinamakan PI3K, yang terlibat dalam pelbagai fungsi penting dalam sel badan kita. [1]
Mutasi dalam gen PIK3CA boleh menyebabkan enzim PI3K menjadi terlebih aktif dan menyebabkan penyebaran sel kanser. Penghidap kanser payu dara dengan mutasi ini menghadapi risiko lebih tinggi mengalami rintangan endokrin (ER), dan salah satu cabaran besar dalam usaha merawat kanser payu dara ER positif ialah untuk mengatasi rintangan ini.
Dr Mastura Md Yusoff, Pakar Runding Onkologi di Pantai, berkata, “Menurut kajian, sehingga 40% daripada penghidap kanser payu dara lanjutan didapati mempunyai mutasi gen PIK3CA. Justeru, pesakit harus menjalani saringan dan pengesanan awal untuk menambah baik prognosis dan memulakan rawatan awal untuk keputusan yang lebih baik.”
Click here to Read on
MOH Should Stop The ‘Back Door Ban’ on Vape

Mahathir’s Eid Greetings Come With Netizens Poking At Him
Eid greetings are supposed to be nice, well mannered, but Mahathir seems to attract negative comments too…