/

Segera Pelaksanaan Pindaan MACPC Untuk Tambahbaik Hak Pengguna Penerbangan

2 mins read
Human Smuggling Ring, Pindaan MACPC
Photo by Alireza Akhlaghi on Pexels.com

KUALA LUMPUR, 27 April 2023 – Pusat Pilihan Pengguna (CCC) menggesa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) agar segera melaksanakan pindaan Kod Perlindungan Pengguna Malaysia (MACPC) yang sepatutnya dilaksanakan pada suku pertama 2023 untuk menambahbaik hak pengguna penerbangan. 

Wakil Pusat Pilihan Pengguna Malaysia, Tarmizi Anuwar berkata: “Isu melibatkan pengguna penerbangan seperti penangguhan dan pembatalan penerbangan, kaedah dan tempoh pembayaran balik tertunggak, hak-hak penumpang dan penebusan baucer semakin serius sejak penularan Covid-19. Walaupun pandemik telah berakhir tetapi permasalahan ini masih berulang dan memerlukan tindakan segera Mavcom untuk menambahbaik hak pengguna penerbangan.”

Tarmizi Dari Pusat Pilihan Pengguna

Pada tahun 2022 sahaja, Mavcom telah menerima sebanyak 8,789 kes aduan daripada pelanggan yang mana tiga aduan tertinggi melibatkan bayaran balik, kehilangan, kerosakan dan kelewatan bagasi serta pembatalan penerbangan. Ini merupakan kes aduan tertinggi sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 2016.

Tarmizi juga berkata dengan kelewatan pelaksanaan pindaan MACPC mungkin akan menyebabkan jumlah kes aduan pelanggan dan permasalahan bagi tahun ini meningkat disebabkan perkembangan penumpang antarabangsa dan domestik serta peningkatan operasi pesawat termasuk penyambungan semula pelbagai laluan penerbangan selepas pandemik.  

“Pengguna penerbangan di Malaysia telah lama melalui permasalahan ini sejak bertahun-tahun dan pembaharuan mesti dilakukan segera. Adalah penting untuk memastikan pindaan tersebut mampu mengawalselia syarikat penerbangan agar mematuhi piawaian kualiti servis dan keselamatan untuk melindungi pengguna. Dengan peningkatan operasi pesawat antarabangsa dan domestik di Malaysia, pindaan MACPC ini tidak boleh dilewatkan kerana mungkin lebih banyak isu teknikal yang akan berlaku.”   

Pindaan MACPC Dan Hak Pengguna

“Apabila sesuatu penerbangan dibatalkan, pengguna harus mempunyai pilihan untuk menerima sama ada bayaran balik secara penuh atau baucer perjalanan bagi tempahan semula penerbangan baru pada masa hadapan. Manakala baucer perjalanan tersebut tidak wajar terhad pada sesuatu perjalanan atau destinasi tetapi perlu berdasarkan nilai perjalanan atau destinasi yang ingin dituju. Hal ini akan memberikan pengguna pilihan yang lebih baik untuk membuat keputusan berbanding syarikat penerbangan yang membuat pilihan bagi pihak pengguna,” kata Tarmizi.

Mengenai tempoh bayaran balik tiket yang mempunyai nilai bayaran balik akibat pengguna tidak dapat menaiki penerbangan disebabkan penangguhan atau pembatalan penerbangan dari pihak syarikat penerbangan perlulah dipendekkan kepada daripada 30 hari kepada 10 hari. 

“Terdapat banyak aduan membabitkan kelewatan daripada pihak syarikat penerbangan dan kesukaran pengguna mendapatkan semula bayaran balik walaupun kesilapan itu bukan dari pihak mereka. Bagi memastikan pengguna tidak terbeban akibat perkara yang tidak diingini tempoh pembayaran balik perlu dipendekkan kepada 10 hari. Ini adalah tempoh yang wajar bagi memastikan syarikat penerbangan bertanggungjawab menyelesaikan tuntutan bayaran balik kepada pengguna sekiranya terdapat pembatalan penerbangan,” katanya mengakhiri.

Tentang Pindaan MACPC

CCC Malaysia Sekutu Tarmizi bin Anuwar bersedia untuk bercakap mengenai peraturan pengguna dan isu pilihan pengguna. Sila hantar pertanyaan media ke tarmizi@consumerchoicecenter.org

Latest Malaysia Read more breaking and trending stories from @LatestMalaysia

Mahathir’s Eid Greetings Come With Netizens Poking At Him

Eid greetings are supposed to be nice, well mannered, but Mahathir seems to attract negative comments too…

Human Smuggling Ring, MACPC
Pindaan MACPC Dan Hak Pengguna – Photo by Alireza Akhlaghi From Pexels.com Pexels.com

Leave a Reply

Previous Story

Twitter Users Call Out APPLE For Alleged SUICIDE NETS Outside of FACTORIES 

Next Story

NEW Use For MYSEJAHTERA? Medical Appointments Done On App 

Latest from Blog

0 $0.00
%d bloggers like this:
Verified by MonsterInsights