KUALA LUMPUR, 9 MEI 2023 – Dua syarikat peneraju utama industri, KumpulanYee Lee (Yee Lee) dan Kumpulan TCP (TCP) hari ini mengumumkan kedua-dua syarikat itu telah membentuk usahasama strategik demi ‘Energising a Better World For All’ (Memperkasa Dunia Yang Lebih Baik Untuk Semua)rakyat Malaysia dengan minuman bertenaga yang inovatif dan berkualiti, minuman Asia, kopi dan minuman-minuman lain.
Yee Lee merupakan sebuah syarikat pengeluar dan pengedar produk FMCG. Manakala, TCP adalah syarikat multinasional berserta dengan keluarga Yoovidhya adalah pemilik jenama minuman bertenaga paling ikonik di dunia iaitu “Red Bull”. TCP juda dikenali sebawgai sebagai “House of Great Brands,” yang mempunyai rangkaian produk yang luas di pasaran antarabangsa.
Kumpulan Yee Lee dan TCP berkerjasama
Kumpulan TCP telah menjadi pemegang saham 50% Syarikat Yee Lee Marketing, dan menerusi usahasama ini, Hasil daripada pergabungan ini akan menyaksikan kedua-dua syarikat memanfaatkan kekuatan dan kepakaran gabungan mereka untuk meningkatkan perkongsian pasaran produk Red Bull, meningkatkan peluang jualan silang, mengukuhkan kecekapan dan pengalaman perkhidmatan untuk pengedar kecil dan peruncit. Mereka juga akan menawarkan produk yang inovatif dan menarik.kepada pengguna Malaysia.
Sebagai permulaan, Yee Lee dan Kumpulan TCP akan menubuhkan pejabat perwakilan khusus dengan wakil khas di Malaysia yang memainkan peranan utama dalam mengukuhkan kedudukan Red Bull sebagai minuman bertenaga No.1 di Malaysia dan pada masa yang sama menyokong pelancaran varian Red Bull baharu pada masa akan datang. Red Bull mempunyai perkongsian pasaran sebanyak 51.3% Sasaran Tahunan Bergerak (MAT) dalam kategori Minuman Bertenaga di Malaysia setakat tempoh berakhir Mac 2023, berdasarkan laporan Indeks Runcit NielsenIQ (NIQ).
Usahasama strategik ini menyasarkan untuk menguasai kira-kira 60% industri minuman bertenaga di Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang. Menurut data pasaran semasa dan ramalan kategori, pendapatan dalam segmen minuman bertenaga di Malaysia dijangka mencecah RM 500 juta menjelang 2027. Pasaran dijangka berkembang setiap tahun kira-kira 7% (CAGR 2023-2027).
Lim Ee Young, Pengarah Urusan Yee Lee, berkata, “Yee Lee telah mengedarkan produk Red Bull di Malaysia sejak 2015.”
“Usahasama strategik ini adalah evolusi dalam hubungan kami, di mana kami kini bersatu sebagai satu pasukan demi memacu pertumbuhan jenama Red Bull lebih jauh di Malaysia dan menetapkan penanda aras baharu untuk industri FMCG di dalam negara serta di seluruh rantau,” kata Lim.

Menurut Lim, membuka pejabat Red Bull di Malaysia akan mengukuhkan hubungan dan penglibatan kami dengan rakan kongsi perniagaan, pengedar kecil dan peruncit kami. “Kami mahu pasaran memahami bahawa Red Bull akan kekal dan berkembang seiring dengan persepsi positif bagi kategori minuman bertenaga,” tambahnya.
Saravoot Yoovidhya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TCP, berkata, “Usahasama strategik Kumpulan TCP dengan Yee Lee membawa satu tahap baharu amalan terbaik operasi dan pengurusan, keupayaan pemasaran dan pengedaran bertaraf dunia serta model pengurusan perhubungan pelanggan yang tiada tandingan kepada rakan kongsi perniagaan kami. Di samping itu, ia membolehkan kami memahami keperluan, tabiat dan pilihan pengguna tempatan, membawa yang terbaik dari Red Bull kepada rakyat Malaysia.”
“Kami disatukan oleh semangat dan rasa hormat yang telus terhadap jenama Red Bull, kedua-dua Kumpulan TCP dan Yee Lee kini bersedia untuk merevolusikan industri minuman dengan produk baharu serta pendekatan baharu sambil memainkan peranan untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand,” beliau menambah.
Produk Red Bull telah mendapat sijil ‘Halal’ dan memasuki pasaran Malaysia pada tahun 1993 dengan Red Bull Gold dan Red Bull Bottle. Ini diikuti oleh Red Bull Less Sugar dan Red Bull Plus baru-baru ini. Red Bull Plus ialah minuman bertenaga untuk mereka yang sentiasa aktif untuk kerja serta perlajaran, peminat sukan serta mereka yang bekerja dari rumah.
Pada 2023, Red Bull juga akan meneruskan kempen global ‘Percaya Tenagamu’ 2023 (‘Trust Your Energy’ 2023). Kempen ini bertujuan untuk memperkasakan orang ramai melalui kehidupan dengan tenaga yang diperlukan untuk demi hidup di dunia yang tidak menentu sambil berhadapan peningkatan inflasi. Di samping itu, kempen ini bertujuan untuk memberi tenaga serta memberi inspirasi kepada semua orang untuk menjadi dan melakukan apa yang mereka mahu.
Mengenai Kumpulan Yee Lee
Kumpulan Yee Lee, ditubuhkan pada 1968, kini merupakan pengeluar dan pengedar bersepadu sepenuhnya dengan empat perniagaan teras, iaitu pembuatan, pemasaran dan pengedaran produk pengguna yang bergerak pantas, perladangan dan eko-pelancongan. Yee Lee mempunyai rangkaian pemasaran dan pengedaran luas yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan tempatan dan antarabangsa. Produk Kumpulan termasuk makanan, air botol, penjagaan mulut, pembersih isi rumah dan barangan industri.
Mengenai Kumpulan TCP
Kumpulan TCP merupakan syarikat minuman dan makanan terkemuka di Thailand dan pemilik jenama minuman bertenaga paling ikonik di dunia iaitu “Red Bull” bersama dengan keluarga Yoovidhya. Juga dikenali sebagai “House of Great Brands,” syarikat itu mempunyai rangkaian produk yang luas dalam 13 pasaran di Asia, menggaji lebih daripada 5,000 orang di seluruh dunia. Di Thailand, syarikat ini juga menikmati kejayaan daripada pengedarannya, OEM, perniagaan mesin layan diri dan perkhidmatan pengaktifan pasaran.

TOTO: S’pore Man WON RM134 With Numbers From ChatGPT
There are various claims on social media and in YouTube in particular that ChatGPT can give you winning numbers like TOTO numbers…but…
More Images
