/////

PPVM Tidak Setuju Pelaksanaan GEG

1 min read
people walking in front of store GEG PPVM
Photo by Decry.Yae on Unsplash

Mohon pihak NGO kesihatan tidak membuat kenyataan yang mengelirukan 

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2023 – Persatuan Peniaga Vape Melayu (PPVM) menyatakan pendirian menolak cadangan Generasi Penamat (GEG) dan menggesa agar pihak NGO kesihatan awam tidak membuat kenyataan yang mengelirukan berkenaan pendirian industri berkenaan GEG.

Baru-baru ini terdapat kenyataan dan laporan yang menyatakan bahawa persatuan industri vape, termasuk PPVM, menyokong hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melaksanakan cadangan GEG. 

PPVM tidak menyokong pelaksanaan GEG

Persatuan Peniaga Vape Melayu (PPVM), menekan bahawa mereka tidak menyokong pelaksanaan GEG kerana ia akan memberikan kesan kepada industri.

Mohd Sabri Ismail, Presiden, PPVM berkata, pendirian PPVM berkenaan cadangan GEG ini adalah muktamad dan oleh yang demikian mohon supaya pihak NGO kesihatan awam tidak membuat kenyataan yang mengelirukan berkenaan pendirian industri vape. 

“PPVM telah berkali-kali menyeru Kerajaan agar tidak membawa cadangan ini lagi kerana ia terlampau drastik. Malah, Perdana Menteri baru-baru ini turut berkata dalam Parlimen bahawa ia adalah langkah yang drastik. Oleh itu, ia bukannya pendekatan yang patut diambil lagi.”

“Ramai usahawan dan pemain tempatan yang terlibat dalam industri ini. Cadangan GEG ini, sekiranya diluluskan, akan bermakna ia menyebabkan ramai yang dipaksa untuk menggulung tikar pada masa hadapan. 

“Kami memahami pendirian Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan perkara ini, tetapi Kerajaan perlu mencari titik tengah agar semua pihak dapat mengambil langkah untuk membuat kawalseliaan ke atas industri vape.”

Beliau juga menambah, buat masa ini, adalah teramat penting untuk industri mendapatkan butiran berkenaan kawal selia ke atas industri vape kerana setakat ini, tiada perbincangan yang mendalam atau makluman daripada Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan butiran kawal selia.

Katanya, selama ini perbincangan hanya tertumpu kepada topik GEG sahaja. Industri masih tiada butiran berkenaan cadangan dari segi kawalan kandungan, pembungkusan dan juga aktiviti pemasaran dan penjualan. Semua ini perlukan perbincangan supaya industri dapat membuat persediaan untuk peralihan dalam perniagaan.

“Walaupun cecair dan gel vape yang mengandungi nikotin telah dikecualikan, kami masih tidak mendapat sebarang pencerahan atau panduan berkenaan had nikotin yang dibenarkan dalam cecair vape ataupun apa-apa larangan berkenaan kandungan. Perkara sebegini perlukan perbincangan supaya kawalan yang ditentukan mengikut keperluan pasaran serta ketetapan di tahap antarabangsa seperti di negara lain.

“Semua butiran berkenaan kawal selia perlu dibuat secara telus bersama industri supaya perbincangan dapat dibuat. Pada masa ini, industri tiada hala tuju berkenaan tatacara peraturan dan ini menyebabkan ketidaktentuan kepada pihak industri.” tambahnya.

PPVM juga memohon agar Kementerian Kesihatan Malaysia membuat sesi libat urus agar perbincangan dapat dibuat berkenaan butiran peraturan dan kawal selia.

Read More Business stories at Business News

Latest Malaysia Read more breaking and trending stories from @LatestMalaysia

New PASIR SALAK MP Says Classify LGBT Members As MENTAL

MPs from the opposition – from Kapar and Pasir Salak – says they believe people who proclaim to be LGBT have mental…

More Images

people walking in front of store GEG PPVM
Photo by Decry.Yae on Unsplash

Leave a Reply

Previous Story

Man Asks Girl To Make ‘Many Many Babies’ With Him

Next Story

Why RCE Capital Will See More Dividends Growth

Latest from Blog

0 $0.00
%d bloggers like this:
Verified by MonsterInsights