KUALA LUMPUR, 5 Okt 2023 – Pusat Pilihan Pengguna (CCC) kecewa dengan keputusan kerajaan mengekalkan generasi penamat dalam Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 yang akan dibentangkan pada Selasa minggu depan untuk bacaan kedua.
Tarmizi Anuwar kecewa kerana tidak banyak perubahan yang akan dilakukan kerajaan dalam rang undang-undang ini walaupun sudah dua kali melalui proses penilaian di peringkat jawatankuasa pilihan khas apabila mengekalkan pelaksanaan generasi penamat.
Beliau berpandangan bahawa kerajaan perlu mengambil kira pandangan pelbagai pihak secara serius dan adil apabila libat urus diadakan serta mengamalkan pendekatan dasar berdasarkan bukti. Pengguna telah memberi cadangan untuk penambahbaikan, tetapi mereka tidak diambil serius.
Dengan pelaksanaan ini, sudah tentu usaha mengurangkan perokok di Malaysia akan menjadi sia-sia kerana pelaksanaan generasi penamat ini akan meningkatkan permintaan terhadap rokok pasaran gelap di Malaysia.
Sehingga kini, rokok haram di Malaysia kekal tinggi pada 55.3 peratus pada Mei tahun ini, dengan hanya sedikit penurunan daripada 56.6 peratus pada 2022. Walaupun sudah bertahun-tahun, masih tiada strategi yang serius dan berkesan untuk memerangi rokok seludup di negara ini.
Menjawab kenyataan Presiden Persatuan Perubatan Komanwel Dr Muruga Raj Rajathurai bahawa jika rang undang-undang ini tidak diluluskan maka kanak-kanak akan terdedah kepada vape tanpa sekatan, Tarmizi berkata ini adalah kenyataan yang mengelirukan kerana vape boleh dikawal tanpa perlu melalui generasi akhir.
Kenyataan dari CCC
Kami di CCC telah lama menggesa kerajaan supaya segera mengawal selia vape dengan cara yang bijak dan koheren. Jika tidak, pengguna hanya akan terus mengakses produk yang tidak terkawal.
Untuk mengelakkan vape di bawah umur, kami mencadangkan peraturan pintar dan menguatkuasakan sekatan umur yang ketat pada peranti vape dan cecair di tempat jualan dan menggunakan teknologi pengesahan moden untuk jualan dalam talian.
Peraturan ini boleh dilakukan tanpa perlu melalui generasi penamat dan telah berjaya dibuktikan di Sweden. Negara bebas asap rokok pertama itu berjaya mengurangkan kadar merokok daripada 15 peratus kepada 5.6 peratus dalam tempoh 15 tahun melalui strategi menyediakan produk alternatif secara meluas dan termaklum.
Selain itu, menurut Tarmizi, cadangan kerajaan untuk memperkenalkan denda kepada pembeli sama ada rokok atau vape yang mencapai umur 18 tahun dalam kumpulan GEG akan membebankan pengguna.
Cabaran besar sekiranya mereka di bawah kategori generasi penamat telah mula menghisap rokok dan ingin berhenti merokok, namun tidak mempunyai akses kepada produk alternatif. Perkara ini akan menyebabkan mereka sukar untuk berhenti dan pada masa yang sama terus berisiko untuk didenda sekiranya tertangkap. Persekitaran ini tidak membantu pengguna untuk berhenti bahkan lebih membebankan.
Kami percaya bahawa perokok harus mempunyai akses kepada produk nikotin alternatif yang berdaya maju dengan kesan kesihatan negatif yang jauh lebih rendah berbanding dengan rokok.
***CCC Malaysia Sekutu Tarmizi bin Anuwar bersedia untuk bercakap mengenai peraturan pengguna dan isu pilihan pengguna. Sila hantar pertanyaan media ke tarmizi@consumerchoicecenter.org.***
Follow us on:
Read More News #latestmalaysia
More Images
