/////

Asia Automotive Award Melangkah ke Peringkat Serantau di Bangkok, Memperkukuh Hubungan Industri Automotif 

1 min read
Asia Automotive Award Melangkah ke Peringkat Serantau di Bangkok, Memperkukuh Hubungan Industri Automotif 
Majlis perasmian 5th Asia Automotive Award di Centara Grand CentralPlaza Ladprao, Bangkok.

Bangkok, 6th Feb 2026Asia Automotive Award (AAA) melangkah ke peringkat serantau tahun ini apabila edisi kelimanya diadakan di Bangkok, menandakan kali pertama acara ini dianjurkan di luar Malaysia. Langkah ini mencerminkan perluasan skala anugerah tersebut serta peranannya yang semakin penting dalam memperkukuh kerjasama rentas sempadan dalam industri automotif dan mobiliti Asia.

Anugerah ini dianjurkan oleh AsiaAuto Venture Sdn Bhd dan dihoskan oleh Grand Prix International Public Company Limited, dengan sokongan Thai Automotive Parts Manufacturers Association, Thai Society of Automotive Engineers, serta Thai Automotive Journalists Association.

Asia Automotive Award

Bertemakan “Driving the Future of Asia Automotive Business Together,” edisi 2025 menghimpunkan pemimpin industri automotif, dari 12 negara Asia, termasuk Malaysia, Thailand, Jepun, Korea Selatan, China, Vietnam, Indonesia, Singapura, Filipina, Kemboja, Myanmar dan Mongolia.

Majlis anugerah dan makan malam gala bertemakan Black-Tie telah berlangsung di Viphavadee Ballroom, Centara Grand CentralPlaza Ladprao, menghimpunkan eksekutif kanan serta pembuat keputusan dari sektor automotif dua roda dan empat roda. Tetamu turut dipersembahkan dengan persembahan tradisional Thai Khon. 

Acara tersebut turut dihadiri oleh Supakit Boonsiri, Ketua Pengarah Office of Industrial Economics, sekali gus menekankan kepentingan kerjasama antara industri dan kerajaan dalam memacu pembangunan automotif serantau.

Kini memasuki edisi kelima, AAA telah memperkukuh kedudukannya  sebagai penanda aras kecemerlangan industri automotif Asia. Anugerah tahun ini menerima  250 penyertaan merentasi 11 kategori anugerah, termasuk inovasi, kelestarian, kepimpinan, sukan permotoran, kecemerlangan pemasaran, pembangunan pasarani selepas jualan serta pembangunan bakat. Daripada jumlah tersebut, 150 penyertaan mara ke peringkat temuduga akhir, menjadikannya edisi paling kompetitif setakat ini. Kemuncak acara ialah penyampaian Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Automotif, kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh sebagai pengiktirafan atas peranannya meletakkan asas industri automotif nasional serta Dr Prachin Eamlumnow, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Grand Prix International Public Company Limited, atas sumbangan berterusan kepada landskap media dan pameran automotif Thailand.

Pengerusi 5th Asia Automotive Award – Thailand Chapter, Dr Por Boon Kuan berkata perluasan  ke peringkat serantau mencerminkan keperluan untuk satu platform automotif Asia yang bersatu dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Bahagian Produksi Grand Prix International dan Naib Presiden acara, Anothai Eamlumnow,, menegaskan bahawa AAA  bukan sahaja mengiktiraf kesemerlangan, malah memberi inspirasi  kepada inovasi, kelestarian dan kemajuan jangka panjang, sekali gus memperkukuh peranan Thailand sebagai hab automotif serantau.

Penaja utama acara ialah , CNC Innovations Sdn Bhd, yang menonjolkan kepentingan teknologi dan kerjasama strategik dalam memacu pertumbuhan mampan rantaian nilai automotif Asia.

Susulan edisi serantau sulungnya, AAA dijangka terus berkembang sebagai platform utama yang menyatukan, meraikan dan memperkasa industri automotif Asia.

Untuk maklumat lanjut , layari asiaautomotiveawards.com.

Follow us on:

Read More News at #latestmalaysia #BusinessNews and #WorldFuture

Asia Automotive Award Melangkah ke Peringkat Serantau di Bangkok, Memperkukuh Hubungan Industri Automotif 
Majlis perasmian 5th Asia Automotive Award di Centara Grand CentralPlaza Ladprao, Bangkok.

Leave a Reply

Previous Story

Global investors bet on ‘rising star’ Malaysia as foreign cash piles in

Next Story

Bank Negara sees Malaysia’s 2026 growth on solid footing despite global risks

Latest from Blog

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
0 $0.00

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights