GOMBAK – Cubaan seorang ahli kumpulan penjenayah Geng Kapten Praba melarikan diri ke Thailand gagal apabila dia ditahan pihak berkuasa negara itu sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan kira-kira pukul 10.30 malam selepas tiba dari India.
Geng Kapten Praba
“Kita telah bawa pulang seorang lagi ahli kumpulan Geng Kapten Praba. Hari ini kita akan bawa suspek ke mahkamah untuk permohonan reman,” katanya pada sidang akhbar Program Community Policing Thaneeri Panthal PDRM 2026 di Kuil Subramaniam Swamy, Batu Caves.

