Pengguna boleh menebus satu tiket penerbangan pergi balik dengan percuma ke Langkawi untuk setiap sepuluh tempahan melalui airasia food dengan menggunakan kod penebusan FREEFLIGHT untuk setiap pesanan dari 1 sehingga 31 Ogos.
Cara mendapatkan penerbangan percuma adalah dengan memesan melalui aplikasi airasia food, cabang penghantaran makanan airasia Super App.

Setelah menerima kod baucar unik untuk penerbangan percuma, pengguna boleh bermula untuk menempah penerbangan mereka mulai 1 September sehingga 14 September 2022 dan mula melancong dari 1 September hingga 30 November 2022.
