
BMW Group Malaysia dan Safe ‘n Sound menyampaikan 90 kerusi keselamatan kanak-kanak
bersubsidi penuh kepada keluarga B40 menerusi Program Subsidi NEXTStep.
Program Subsidi NEXTStep oleh pengeluar kenderaan premium ini, menerusi kerjasama dengan
Safe ‘n Sound telah menyaksikan sejumlah kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi penuh
diserahkan kepada para ibu bapa dalam komuniti B40 sebagai langkah untuk menggalakkan warga
Malaysia menerimaguna kerusi keselamatan tersebut.
Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Kami berhasrat untuk terus memperjuangkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kalangan keluarga di Malaysia, sambil meningkatkan kesedaran serta menggalakkan ibu bapa untuk mengambil langkah dalam menjamin tahap keselamatan yang tertinggi buat anak-anak mereka semasa memandu.”
