PUCHONG – 12 Disember 2024 – Cheetah Holdings Berhad terus mengorak langkah positif dalam industri peruncitan fesyen Malaysia dengan kejayaan pembukaan flagship store kedua yang terletak di 10l Mall Puchong hari ini.
Dalam meraikan kejayaan penting ini, pakaian jenama Cheetah turut memperkenalkan Koleksi Jujutsu Kaisen yang dinanti-nantikan, barisan pakaian baharu dan bergaya yang dilhamkan oleh siri anime popular antarabangsa.
Cheetah Melancarkan Flagship Store Baharu dengan Koleksi Eksklusif Jujutsu Kaisen

Koleksi Jujutsu Kaisen telah direka dan dipilih untuk kedua-dua peminat anime dan peminat fesyen; membawakan naratif penuh aksi dan visual yang menarik. Koleksi ini menampilkan rangkaian kemeja-T grafik dan hoodie yang menggabungkan reka bentuk pakaian kontemporari dengan budaya popular secara kreatif.
Roy Ho Yew Kee, Pengarah Eksekutif Cheetah Holdings Berhad berkata, “Pembukaan flagship store kedua kami menunjukkan bahawa Cheetah kini sedang bergerak ke hadapan dengan pantas dari segi meluaskan keberadaan dan jangkauan kami. Kami berharap untuk membuka lebih banyak cawangan pada masa hadapan untuk mengukuhkan kebolehcapaian jenama kami,” tambahnya.
“Pertumbuhan kami ini adalah berikutan usaha dan pendekatan berani serta inovatif yang kami ambil untuk mencipta pakaian yang menarik perhatian pengguna muda, arif dan mementingkan fesyen yang ingin menonjol dan menyerlah,” jelas Ho.

“Kerjasama strategik dengan ikon pop yang terkenal di seluruh dunia seperti kerjasama kami dengan Jujutsu Kaisen, Spy X Family dan Warner Bros, akan kekal sebagai pemangkin utama kejayaan berterusan jenama itu. Penting juga untuk kami terus bekerja keras untuk memastikan produk kami berkualiti tinggi, reka terkini dan menawarkan nilai yang sangat baik untuk wang kerana faktor-faktor inilah yang dekat dengan pengguna hari ini,” kata Roy.
Koleksi Jujutsu Kaisen kini boleh didapati di semua kedai Cheetah, termasuk flagship store yang baru dibuka di 10l Mall Puchong serta di lebih daripada 700 lokasi pusat jualan di seluruh negara melalui perkongsiannya dengan gedung dan pasar raya besar terkemuka di Malaysia. Pembelian dalam talian juga boleh dibuat di www.cheetah.com.my.
Follow us on:
Read More News at #latestmalaysia #BusinessNews and #WorldFuture


