screenshot
Screenshot
///

EC-Council Perkenal Pensijilan AI Baharu Bantu Malaysia Perkasa Tenaga Kerja Digital

1 min read

Selaras dengan agenda AI nasional dan penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO), empat pensijilan AI baharu serta Certified CISO v4 membina kemahiran berasaskan peranan bagi mengguna pakai, melindungi dan mentadbir AI pada skala besar.

KUALA LUMPUR, 31 Feb. 2026 – Pencipta kelayakan/pensijilan Penggodam Beretika Bertauliah (CEH) yang diitiraf dunia serta peneraju global dalam pendidikan dan latihan keselamatan siber gunaan, EC-Council, melancarkan Enterprise AI Credential Suite, yang memperkenalkan empat pensijilan AI baharu berasaskan peranan bersama Certified CISO v4, iaitu program kepimpinan keselamatan siber peringkat eksekutif yang telah diperkemas. Pelancaran serentak ini merupakan pengembangan terbesar portfolio EC-Council dalam sejarah 25 tahunnya. Ia berasaskan satu realiti yang jelas: teknologi AI berkembang lebih pantas berbanding tenaga kerja yang dilatih untuk mengendalikan, melindungi dan mentadbir sistem tersebut.

Momentum Malaysia dalam pembangunan AI turut menunjukkan peningkatan ketara. Dengan penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) pada penghujung 2024 bagi menyelaras dasar, inovasi dan pembangunan bakat AI, Malaysia telah memperjelas hala tuju nasionalnya — keupayaan AI perlu dilaksanakan secara menyeluruh merentas sektor kerajaan dan industri.

Pensijilan AI

Apabila AI beralih daripada projek perintis kepada penggunaan dalam operasi harian, permintaan terhadap laluan latihan yang tersusun dan berasaskan peranan semakin meningkat. Organisasi memerlukan tenaga kerja yang mampu mengguna pakai AI secara bertanggungjawab, memperkukuh keselamatan sistem serta memastikan tadbir urus yang jelas apabila penggunaan diperluaskan pada skala besar.

Usaha ini turut selari dengan agenda transformasi digital negara. Di bawah Pelan Tindakan MyDIGITAL, ekonomi digital kini menyumbang lebih 23 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sekali gus menegaskan peranan penting AI dan teknologi termaju dalam menyokong daya saing serta pertumbuhan Malaysia.

Di Malaysia, penggunaan AI berkembang pesat dalam sektor kewangan, pembuatan, perkhidmatan serta inisiatif kerajaan digital. Perkembangan ini mewujudkan keperluan segera terhadap profesional yang mampu menggunakan AI secara bertanggungjawab, mengurus program AI dengan berdisiplin, melindungi sistem AI daripada ancaman baharu serta melaksanakan tadbir urus yang berkesan dalam persekitaran operasi sebenar.

Bagi kebanyakan organisasi, kekangan utama bukan lagi minat terhadap AI. Sebaliknya, cabaran utama ialah membina keupayaan tenaga kerja yang benar-benar bersedia untuk melaksanakan AI secara selamat, mempertahankannya daripada risiko serta mengekalkan akauntabiliti apabila penggunaannya diperluaskan.

“Halatuju AI Malaysia jelas dan langkah seterusnya ialah membina keupayaan pada skala besar,” kata Presiden Kumpulan EC-Council, Jay Bavisi.

Leave a Reply

Previous Story

Pemandu P-Hailing Muslim Ingatkan Rakan Periksa Hamper Tahun Baru Cina

Next Story

Malaysia confirms start of Ramadan fasting from Thursday, Feb 19

Latest from Blog

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights