All Latest Malaysia Trending and Breaking News

Countries

FWD Malaysia Gabungkan Kepakaran Serantau Asia dan Kefahaman Tempatan Demi Pelanggan Malaysia

FWD Malaysia Gabungkan Kepakaran Serantau Asia dan Kefahaman Tempatan Demi Pelanggan Malaysia

KUALA LUMPUR, 17 November 2026 – Sebagai rakyat Malaysia yang berdepan landskap kewangan yang semakin kompleks, kepentingan memiliki syarikat insurans yang kukuh dari segi kewangan dan boleh dipercayai adalah penting. FWD Malaysia (“FWD”) menggabungkan pemahaman mendalam terhadap keperluan pelanggan tempatan dengan kekuatan dan kepakaran FWD Group, sebuah kumpulan insurans pan-Asia yang beroperasi di pelbagai pasaran di seluruh Asia.

FWD Group mula bertapak di Malaysia menerusi pasaran takaful keluarga pada tahun 2019 sebelum mengembangkan operasinya ke dalam sektor insurans hayat pada tahun 2023. Hari ini, FWD menawarkan rangkaian komprehensif penyelesaian insurans hayat dan takaful keluarga yang direka untuk membantu pelanggan melindungi perkara yang paling penting dalam kehidupan mereka, merancang masa depan dengan lebih yakin dan membina jaminan kewangan yang lebih kukuh.

FWD Malaysia Perkukuh Perkhidmatan Dengan Pendekatan Global dan Sentuhan Tempatan

Sebagai sebahagian daripada FWD Group, FWD memanfaatkan pandangan, kepakaran dan praktis terbaik dari seluruh rantau Asia, termasuk pasaran seperti Hong Kong SAR, Singapura dan Jepun. Ini membolehkan syarikat terus mempertingkatkan produk, pengalaman pelanggan serta keupayaan digitalnya, sambil kekal memberi tumpuan kepada keperluan pelanggan di Malaysia.

Sokongan daripada kumpulan serantau yang lebih besar turut memberikan keyakinan tambahan kepada pelanggan dalam membuat keputusan kewangan jangka panjang. Pada tahun 2025, FWD Group telah disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong Limited di bawah kod saham 1828. Pada 30 Jun 2026, FWD Group melaporkan jumlah aset sebanyak AS$64.5 bilion dan mengekalkan penarafan kredit gred pelaburan daripada Fitch dan Moody’s, mencerminkan kekuatan kewangan dan daya tahannya.

Aman Chowla, Ketua Pegawai Eksekutif Negara FWD, berkata, “Apabila pelanggan memilih sebuah syarikat insurans, mereka menginginkan kepastian bahawa syarikat tersebut akan terus bersama mereka untuk jangka masa panjang. Sebagai sebahagian daripada FWD Group, kami dapat menggabungkan kepakaran tempatan dengan kekuatan dan pengalaman sebuah syarikat insurans pan-Asia yang terkemuka. Perkara ini telah memberi kami akses kepada keupayaan dan pandangan yang lebih luas untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia dengan lebih baik, sambil terus menyokong mereka di setiap peringkat kehidupan.”

Pemegang saham utama Kumpulan FWD ialah Pacific Century Group (PCG), sebuah kumpulan pelaburan Asia. yang mempunyai kepentingan dalam pelbagai sektor termasuk perkhidmatan kewangan, teknologi, telekomunikasi dan hartanah. Portfolio PCG turut merangkumi syarikat teknologi dan telekomunikasi seperti PCCW dan HKT.

Pelanggan kini mengharapkan perubahan jangkaan pelanggan, terutamanya dari segi kemudahan, kebolehcapaian dan pengalaman digital, FWD Malaysia kekal komited untuk menawarkan penyelesaian yang mudah, relevan dan mudah diakses. Dengan sokongan sumber, inovasi dan kepakaran daripada seluruh kumpulan, FWD berada pada kedudukan yang baik untuk terus mengubah persepsi masyarakat terhadap takaful dan insurans.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.fwd.com.my

FWD Malaysia Gabungkan Kepakaran Serantau Asia dan Kefahaman Tempatan Demi Pelanggan Malaysia
News Malaysia and Global

Read More News on Latest Malaysia

Read More News on Business News Malaysia

Read More News on SG Business News

Read More News on World Future TV

Read More News #latestmalaysia

Leave a Reply

Verified by MonsterInsights