Haflin Marah Netizen “Bitter” Sangat Dengan Pendidikan Anaknya

1 min read

Tindakan bekas menteri Dato Seri Mohamed Nazri Aziz dan isteri menghantar anak mereka bersekolah di Perancis antara yang menjadi tumpuan netizen di media sosial.

Ramai netizen tidak berpuas hati dan menyatakan ahli parlimen Padang Rengas itu tidak senstif terhadap perasaan rakyat yang sedang berhadapan dengan kesusahan sekarang akibat penularan Covid-19.

Isteri kepada ahli politik tersebut Haflin Nazri Aziz kemudian berkongsi saat mereka berlepas ke Perancis di Instagram peribadinya.

Selepas dikecam netizen, Haflin telah menjawab beberapa pertanyaan netizen di IG story nya dan turut
meminta netizen untuk mengecam orang yang lebih berkuasa.

“Kalau korang bitter sangat dengan pendidikan anak saya sebab anak saya lahir dekat France, korang patut suruh tuhan tentukan dekat mana korang nak lahir dan mati. Mentaliti rendah, intelek rendah. Sibuk nak jaga hal anak orang,” tulisnya.

Sebelum ini juga Nazri ada mengatakan yang dia akan pergi bercuti ke luar negara selama dua bulan namun kemudiannya mengatakan dia hanya bergurau tentang percutian tersebut sebelum menjelaskan dia ke luar negara kerana mahu menguruskan persekolahan anaknya yang berusia lima tahun.

Leave a Reply

Previous Story

Pusingan Suku Akhir EURO2020 Bermula, Janjikan Pertembungan Sengit

Next Story

Ada Yang Masih Keliru Tentang PKPD?

Latest from Blog

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights