Pengarah Bahagian Kemajuan Islam di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Hakimah Mohd Yusoff dilantik sebagai timbalan ketua pengarah dasar yang baru bagi badan itu berkuat kuasa esok 15 Okt.
Unit Komunikasi Korporat Jakim dalam kenyataannya berkata pelantikan Hakimah itu dibuat menggantikan Datuk Mohamad Nordin Ibrahim yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Jakim bermula 17 Mei lalu. Hakimah memiliki ijazah sarjana muda syariah dari Universiti Malaya pada 1990 dan sarjana dalam bidang pembangunan sumber manusia dari Universiti Putra Malaysia pada 2001.
“Beliau (Hakimah) adalah pegawai hal ehwal Islam wanita pertama yang dilantik memegang jawatan tersebut,” kata kenyataan berkenaan.
