Institut Jantung Negara Kembangkan Klinik Pengurangan Risiko Kardiovaskular (CRRC) Di Kala Ancaman Penyakit Kardiovaskular Meningkat
Majlis Menandatangani Plak CRRC di IJN-CRRC Grand Round Dari kiri ke kanan: YBhg. Dato’ Seri Dr. Haji Azhari Rosman, Pakar Perunding Kardiologi Kanan IJN; YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan; YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, Malaysia; YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Pengerusi IJN Holdings; YBhg. Dr. Aizai Azan Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif IJNFrom left to right: YBhg. Dato’ Seri Dr. Haji Azhari Rosman, Senior Consultant Cardiologist of IJN; YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, Director-General of the Ministry of Health; YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Minister of Health, Malaysia; YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Chairman of IJN Holdings; YBhg. Dr Aizai Azan Abdul Rahim, Chief Executive Officer of IJN
///

IJN Kembangkan Klinik Pengurangan Risiko Kardiovaskular Di Kala Ancaman Penyakit Kardiovaskular Meningkat

4 mins read
  • Penyakit Kardiovaskular Aterosklerotik (ASCVD) menjadi penyumbang utama kematian kardiovaskular di seluruh dunia dan Malaysia mencatatkan kadar kematian tertinggi dalam untuk STEMI – iaitu serangan jantung yang lebih serius dengan risiko komplikasi dan kematian yang lebih tinggi. 
  • Komitmen IJN untuk merintis prosedur yang inovatif, menggambarkan dedikasinya untuk meletak piawaian baharu dalam kesihatan kardiovaskular dan mengubah penjagaan kesihatan di seluruh negara melalui perkhidmatan CRRC yang diperluaskan.

KUALA LUMPUR, 22 JULAI 2024 – Institut Jantung Negara (IJN) hari ini dengan bangganya mengumumkan Klinik Pengurangan Risiko Kardiovaskular (CRRC) inovatif yang pertama seumpamanya, berikutan lawatan pegawai Kementerian Kesihatan yang telah mengiktiraf IJN sebagai peneraju utama dalam penjagaan jantung di negara ini. Pengiktirafan ini menggariskan peranan penting IJN dalam menangani cabaran berkaitan Penyakit Kardiovaskular Atherosclerotic (ASCVD).

Di Malaysia, penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti ASCVD menyumbang 71% daripada kematian pramatang, dan ASCVD sahaja bertanggungjawab ke atas 54% daripada kematian yang berkaitan dengan NCD. Lebih membimbangkan, Malaysia mencatatkan kadar kematian setahun yang tertinggi  untuk STEMI (ST-Elevation Myocardial Infarction) di rantau Asia Pasifik, pada kadar 17.9%.

PHOTO 2024 07 22 17 29 17 682x1024
YB Datuk Seri Dr Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, Malaysia mengucapkan tahniah kepada IJN dan Novartis Malaysia, yang telah bekerjasama untuk mencapai punca mengurangkan risiko ASCVD.=

STEMI adalah serangan jantung dengan salur darah koronari arteri tersumbat sepenuhnya, yang dianggap lebih teruk dan menimbulkan risiko komplikasi serius serta kematian yang lebih besar .

Selain itu, kajian komprehensif yang dijalankan di Amerika Syarikat dan diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Jantung Amerika, mendedahkan bahawa pesakit dengan Sindrom Koronari Akut (ACS) mempunyai risiko yang jauh lebih tinggi untuk mengalami masalah kardiovaskular yang berulang.

Bahkan, pesakit ini berhadapan dengan risiko 6 kali ganda lebih tinggi untuk mengalami satu lagi masalah kardiovaskular dalam tempoh setahun selepas keluar dari hospital.

Institut Jantung Negara Kembangkan Klinik Pengurangan Risiko Kardiovaskular (CRRC) Di Kala Ancaman Penyakit Kardiovaskular Meningkat

Institut Jantung Negara Kembangkan Klinik Pengurangan Risiko Kardiovaskular (CRRC) Di Kala Ancaman Penyakit Kardiovaskular Meningkat
Datuk Dr. Aizai Azan Abdul Rahim, CEO, Institut Jantung Negara

Statistik yang membimbangkan ini jelas menunjukkan betapa perlunya penjagaan kardiovaskular  dan strategi pencegahan yang lebih baik di negara kita. Penubuhan CRRC yang inovatif di IJN mengukuhkan status pusat jantung itu sebagai peneraju dalam penjagaan kardiovaskular, penyelidikan, dan pendidikan.

Dengan meluaskan jangkauan CRRC, IJN menyasarkan untuk memberikan penjagaan khusus kepada lebih ramai pesakit sambil merevolusikan penjagaan kesihatan kardiovaskular di seluruh negara. Ini sejajar dengan Pelan Strategi Kebangsaan bagi Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) 2016-2025, yang bertujuan mengurangkan kematian NCD daripada 20% kepada 15% menjelang 2025.

Yang Berhormat Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, berkata:

“Acara hari ini dan inovasi Klinik Pengurangan Risiko Kardiovaskular (CRRC) IJN menandakan pencapaian penting dan inisiatif responsif dalam usaha Kementerian untuk mengoptimumkan penjagaan penyakit kardiovaskular di Malaysia, khususnya bagi penyakit kardiovaskular aterosklerotik (ASCVD) yang merupakan punca utama morbiditi dan kematian.”

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada IJN dan Novartis Malaysia, yang telah bekerjasama untuk berusaha sehingga ke akar umbi untuk mengurangkan risiko ASCVD dengan memperkasakan pesakit untuk menjaga kesihatan mereka supaya rakyat Malaysia dapat hidup lebih sihat.”

“Usaha IJN ini sejajar dengan Pelan Strategik Kebangsaan bagi Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Kementerian Kesihatan 2016-2025. Kementerian mengharapkan lebih banyak inisiatif seperti ini dalam masa terdekat, kerana usaha sebegini memupuk penyelesaian inovatif melalui model penjagaan komprehensif, yang boleh meningkatkan lagi celik sihat, hasil kesihatan yang baik, dan kesejahteraan rakyat kita dalam kerajaan Madani ini.”

Datuk Dr. Aizal Azan Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Jantung Negara, berkata:

“Selama bertahun-tahun, IJN bukan sahaja telah merawat berjuta pesakit malah menerajui pelbagai prosedur perintis, dan usaha ini bertujuan memerangi penyakit kardiovaskular — penyebab utama morbiditi dan mortaliti di Malaysia.”

“IJN juga telah mewujudkan insfrastruktur yang mantap dan program latihan tenaga kerja yang komprehensif untuk menyokong pertumbuhannya selain memastikan stardard tertinggi dalam penyampaian penjagaan kesihatan, khususnya di CRRC. Misi IJN memacu usaha kami untuk kekal berada di hadapan dalam penjagaan kesihatan jantung untuk rakyat Malaysia, memastikan setiap pesakit menerima rawatan bertaraf dunia dan institusi ini meneruskan langkah menetapkan standard baharu dalam kesihatan jantung.” 

“Kami bersedia berganding bahu bersama Kementerian Kesihatan untuk mengurangkan risiko kardiovaskular. Melalui gandingan CRRC IJN yang inovatif ini dengan kemahiran dan jaringan Kementerian Kesihatan yang meluas di seluruh negara, kita akan dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk hidup lebih lama dan lebih sihat.”

Institut Jantung Negara Kembangkan Klinik Pengurangan Risiko Kardiovaskular (CRRC) Di Kala Ancaman Penyakit Kardiovaskular Meningkat
Dato’ Sri Dr. Haji Azhari Rosman, Pakar Perunding Kanan Kardiologi IJN, memperkenalkan Klinik Pengurangan Risiko Kardiovaskular Multidisiplin Perintis (CRRC)

Dato Sri Dr. Haji Azhari Rosman, Perunding Kanan Kardiologi, Institut Jantung Negara, berkata:

“CRRC merupakan bukti kemajuan dalam penjagaan kardiovaskular, dengan kepelbagaian disiplin untuk memaksimumkan impak dalam strategi pengurangan risiko. Dengan menggabungkan profesional kesihatan dan doktor, kami memastikan susulan dan pemantauan yang lebih efisien terutamanya bagi pesakit kategori yang tinggi, sangat tinggi, dan sangat extrem dan pesakit berisiko yang tidak mencapai sasaran LDL-C walaupun mempunyai kadar penerimaan statin yang yang maksimum. Integrasi yang lancar dalam proses pengurusan kami di IJN meningkatkan kesinambungan penjagaan dan pematuhan pesakit untuk meningkatkan kebolehcapaian, memastikan lebih ramai pesakit boleh mendapat manfaat daripada penjagaan khusus kami.”

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan seperjuangan kami, Novartis Malaysia yang komited dalam kerjasama saintifik dengan IJN yang telah membantu kami menubuhkan klinik pengurangan risiko pelbagai disiplin yang inovatif ini. Ia benar-benar membantu menjana hasil yang positif dalam pengurangan risiko bagi pesakit yang mendaftar di klinik ini.” 

Sejak penubuhan CRRC dua tahun lalu, hampir 600 pesakit telah mendapat manfaatnya, di mana kualiti hidup dan tahap kesihatan mereka meningkat dengan ketara. Kejayaan ini adalah bukti sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada pihak pentadbiran IJN, diketuai oleh Dato Azhari dan pasukan pengurusan yang cukup berdedikasi.

Follow us on:

Read More News at #latestmalaysia #BusinessNews and #WorldFuture

Institut Jantung Negara Kembangkan Klinik Pengurangan Risiko Kardiovaskular (CRRC) Di Kala Ancaman Penyakit Kardiovaskular Meningkat
Majlis Menandatangani Plak CRRC di IJN-CRRC Grand Round Dari kiri ke kanan: YBhg. Dato’ Seri Dr. Haji Azhari Rosman, Pakar Perunding Kardiologi Kanan IJN; YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan; YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, Malaysia; YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Pengerusi IJN Holdings; YBhg. Dr. Aizai Azan Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif IJNFrom left to right: YBhg. Dato’ Seri Dr. Haji Azhari Rosman, Senior Consultant Cardiologist of IJN; YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, Director-General of the Ministry of Health; YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Minister of Health, Malaysia; YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Chairman of IJN Holdings; YBhg. Dr Aizai Azan Abdul Rahim, Chief Executive Officer of IJN

Leave a Reply

Previous Story

More autogates at KLIA Terminal 1, 2 and Penang Airport

Next Story

Johor Cafe Owner Now Offering RM10,000 Reward to Person Who Finds Missing Six-Year-Old Girl

Latest from Blog

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights