Itali menjuarai EURO2020 dengan menewaskan England melalui tendangan penalti 3-2 setelah terikat 1-1 dalam masa penuh pagi tadi.

Peminat England yang sebelum perlawanan kerap mengucapkan “Ïts Coming Home” terpaksa meneruskan penantian mereka setelah masih gagal menamatkan kemarau kejuaraan di kejohanan besar selama 56 tahun.

Perlawanan mendebarkan itu menyaksikan England menjaringkan gol terlebih dahulu melalui Luke Shaw pada minit ke-2 sebelum Itali menyamakan kedudukan menerusi Leonardo Bonucci pada minit ke-67. England gagal memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang mereka sendiri Stadium Wembley untuk menambah gol.
