All Latest Malaysia Trending and Breaking News

Latest News

Jemaah Menteri sebulat suara sokong Muhyiddin sebagai PM

Ahli-ahli Jemaah Menteri, termasuk mereka dari Umno, sebulat suara memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Perkara itu dicapai Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini.

Satu kenyataan Jemaah Menteri yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu menyebut:

“Ahli-ahli Jemaah Menteri juga ingin memaklumkan bahawa setiap keputusan Kerajaan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri setelah mengambil kira pandangan semua pihak.”

Menurut kenyataan itu lagi, keutamaan kerajaan pada ketika ini adalah untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara serta membawa negara keluar dari pandemik Covid-19.

Leave a Reply

Verified by MonsterInsights