JKKP
Seminar Pentaksiran dan Pengurusan Risiko Psikososial di Tempat Kerja Peringkat Kebangsaan telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Azman Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia di Setia City Convention Centre, Shah Alam pada 26 Oktober 2024.
///

JKKP lancar panduan risiko psikososial tingkat kesedaran keselamatan

2 mins read

Kuala Lumpur, 26 Disember 2024 – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia telah berjaya melaksanakan Seminar Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kebangsaan dan melancarkan Garispanduan Pentaksiran dan Pengurusan Risiko Psikososial Di Tempat Kerja 2024 yang telah berlangsung pada 26 dan 27 Oktober 2024 di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Selangor. Acara ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran golongan profesional pengurusan sumber manusia, pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP), dan pemimpin industri, menjadikannya pencapaian penting dalam menangani risiko psikososial di tempat kerja di Malaysia.

Pelancaran Rasmi Garis Panduan Baharu

Acara kemuncak pada seminar adalah pelancaran secara rasmi “Garis Panduan Pentaksiran dan Pengurusan Risiko Psikososial Pekerjaan di Tempat Kerja 2024.” Garis panduan yang komprehensif ini mendapat sambutan positif daripada para peserta melalui alat dan metodologi yang disediakan untuk menilai dan mengurus risiko psikososial secara praktikal. Maklum balas peserta menekankan betapa relevannya garis panduan ini dalam menjadikan tempat kerja yang lebih selamat, sihat, dan produktif.

JKKP
Acara ini juga menyediakan reruai-reruai berkaitan dengan perkhidmatan kesihatan pekerjaan dan menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada para pengunjung.

Keberhasilan Utama Seminar

Seminar ini menampilkan pembentangan menarik oleh pakar kesihatan mental dan pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Acara ini secara umum telah berjaya mencapai objektifnya iaitu:

  • Meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya menangani risiko psikososial di tempat kerja.
  • Melengkapkan peserta dengan strategi yang boleh dilaksanakan di organisasi mereka.
  • Mendorong perbincangan bermakna untuk memperbaiki keselamatan dan kesihatan tempat kerja serta kesejahteraan pekerja.

Garis Panduan Kini di laman sesawang JKKP
Rentetan dari program pelancaran ini, JKKP Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan bahawa naskah “Garis Panduan Pentaksiran dan Pengurusan Risiko Psikososial Pekerjaan di Tempat Kerja 2024” kini boleh didapati secara atas talian. 

Garis panduan ini boleh dimuat turun melalui laman web JKKP Malaysia di http://www.dosh.gov.my

Pesanan daripada JKKP Malaysia

“Kejayaan acara ini menunjukkan betapa pentingnya memberi keutamaan kepada kesejahteraan mental di samping keselamatan fizikal di tempat kerja,” kata Dr Ahmad Fitri Abdullah Hair, Pengarah Bahagian Kesihatan Pekerjaan, JKKP Malaysia. “Ketersediaan garis panduan ini memastikan organisasi kini mempunyai alat untuk secara proaktif menangani risiko psikososial dan mewujudkan persekitaran yang menyokong pekerja.”

Langkah Seterusnya
JKKP Malaysia komited untuk terus menyokong organisasi dalam melaksanakan garis panduan ini. Pihak Jabatan merancangkan untuk mengadakan sesi jerayawara di 5 zon di seluruh Malaysia pada tahun hadapan. Pihak Jabatan juga telah menerima permohonan daripada beberapa syarikat penyedia latihan untuk berdaftar dengan Jabatan sebagai pusat latihan untuk melatih Orang Terlatih Psikososial (PTP). Senarai rasmi penyedia latihan berdaftar akan dimuat naik di laman sesawang rasmi Jabatan.

Untuk Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai garis panduan ini, acara masa depan, atau peluang latihan, sila lawati http://www.dosh.gov.my atau ikuti JKKP Malaysia di media sosial.

Latest News Malaysia

Read More News on Business News Malaysia

Read More News #latestmalaysia

BIZ NEWS CODE Business News Malaysia

Read More News on Business News Malaysia

Leave a Reply

Previous Story

Single Mother Assaulted by Five Women in Hotel Parking Lot

Next Story

South Korean Police Ban Jeju Air CEO from Leaving Country

Latest from Blog

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights