KUALA LUMPUR, 24 Okt 2026: Kerajaan tidak menolak kemungkinan melaksanakan larangan penuh terhadap aplikasi navigasi Waze sekiranya aplikasi tempatan mampu menawarkan fungsi yang setanding, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, kerajaan akan menilai terlebih dahulu keupayaan aplikasi alternatif sebelum membuat keputusan untuk menghentikan terus penggunaan Wa ze di negara ini.
Menurutnya, aspek keselamatan negara perlu diberi keutamaan memandangkan Malaysia antara negara yang lantang menentang rejim Zionis Israel.
Haramkan Waze
Anwar berkata, kerajaan tidak mahu sebarang maklumat atau data pengguna berisiko disalah guna oleh pihak luar.
Sebelum ini, kerajaan mengarahkan penjawat awam tidak menggunakan aplikasi ini ketika menjalankan urusan rasmi susulan kebimbangan terhadap isu keselamatan data.
Table of Contents
Beliau turut menggalakkan penggunaan aplikasi tempatan seperti TuJu, namun aplikasi itu menerima kritikan pengguna berhubung navigasi yang kurang tepat, kekurangan data trafik masa nyata serta masalah teknikal.
Larangan berkenaan turut menerima bantahan beberapa pihak yang mempersoalkan bukti ancaman keselamatan dikaitkan dengan Waze.
Read More News on Latest Malaysia
Follow us on:
Read More News on Business News Malaysia
Read More News on SG Business News
Read More News on World Future TV

