Maybank ingin mengumumkan hari ini bahawa Dato’ Khairussaleh Ramli akan dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GPCEO) Maybank, berikutan kelulusan Bank Negara Malaysia. Beliau akan menggantikan Dato’ Sri Abdul Farid Alias sebagai GPCEO, berkuat kuasa 1 Mei 2022.
Khairussaleh, 54, baru-baru ini merupakan Pengarah Urusan Kumpulan bagi Kumpulan Perbankan RHB, di mana beliau bertanggungjawab merangka hala tuju strategik Kumpulan dan memimpin organisasi tersebut mencapai matlamat dan objektif penciptaan nilai di bawah strategi lima tahun berakhir TK2022.
“Kami yakin dengan pengalaman luasnya, beliau akan dapat menerajui Maybank dalam fasa pertumbuhan seterusnya, berteraskan bidang fokus M25 seperti pendigitalan, ii dan pemacu nilai baharu,” kata Pengerusi Maybank Tan Sri Dato’ Sri Zamzamzairani Isa mengalu-alukan Khairussaleh.
