Penyokong Pas dilihat cuba mempolitikkan konsert Blackpink yang berlangsung Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi walaupun promosi bagi persembahan artis Korea itu berlaku sejak PN berkuasa.
Timbalan Pengarah J-Kom, Hisyamuddin Ghazali berkata, kerajaan dengan gagasan Malaysia Madani tidak patut dipersalahkan atas kelulusan konsert itu.
“Konsert International ini diiklankan di media sosial sejak 8 Ogos 2022 lagi. Waktu PN berkuasa. Kenapa nak salahkan Malaysia Madani? Waktu kamu ada kuasa, kamu tak laksana dan jaga kesucian Islam. Kamu hanya reti bercakap, gunakan sentimen agama untuk menang PRU15, tapi bila ada kuasa tak buat pun!” tegasnya, mengikuti laporan Harapan Daily.
Read More News @LatestMalaysia
Corruption: JPJ Officer Charged for Accepting RM1400 Bribe
The offence by the JPJ officer took place in Melaka Tengah in 2020 and he faces two years jail term if he is found guilty Continue reading
Konsert Blackpink


