Pelancaran Laporan Penyelidikan Fewrc Akpk Mengenai Kesejahteraan Kewangan Dan Produktiviti Pekerja: Persidangan Kesejahteraan Kewangan
Pelancaran laporan penyelidikan AKPK mengenai Kesejahteraan Kewangan Pekerja dan Produktiviti. Dalam gambar (Kiri-Kanan): Azaddin Ngah Tasir (CEO AKPK), Dato Lukanisman Awang Sauni (Timbalan Menteri Kesihatan), dan Datuk Wira Shahul Dawood (CEO HRD Corp)
////

Pelancaran Laporan Penyelidikan FEWRC AKPK Mengenai Kesejahteraan Kewangan Dan Produktiviti Pekerja:  Persidangan Kesejahteraan Kewangan 

2 mins read

Laporan Menyatakan 65% Pekerja yang Mengalami Tekanan Kewangan Terjejas Prestasi Kerja, Pendidikan Kewangan Meningkatkan Produktiviti

Kuala Lumpur, 4 Julai 2024 – Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)  melaksanakan Persidangan Kesejahteraan Kewangan pada 26 Jun 2024 bertempat di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Acara dua hari yang bertemakan “Level Up! Your Mind, Your Body, and Your Money” telah mengumpulkan beberapa pengamal industri termasuk Sumber Manusia daripada agensi dan syarikat yang menjadi rakan kerjasama AKPK, untuk mengikuti beberapa sesi pembentangan dan perbincangan mengenai topik kesihatan fizikal, mental, dan kewangan. 

Acara tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, YB Datuk Lukanisman Awang Sauni. Dalam ucaptamanya, beliau menekankan tentang kepentingan kesejahteraan kakitangan terhadap produktiviti di tempat kerja dan menegaskan bahawa ia melangkaui kesejahteraan fizikal. Kesejahteraan mental juga merupakan penentu utama dalam menentukan produktiviti pekerja, dan pengurusan kewangan yang baik dapat membantu memelihara kesejahteraan mental. 

Ini sejajar dengan ucapan alu-aluan Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir, yang mengatakan, “Penyelidikan AKPK mendapati bahawa kesejahteraan kewangan dan mental saling berkaitan. Sebanyak 26% daripada Pekerja Dewasa Malaysia mengalami tekanan kewangan pada pelbagai tahap, dan 65% di antara mereka mengatakan bahawa tekanan kewangan telah mempengaruhi prestasi kerja mereka. Bayangkan potensi peningkatan produktiviti sekiranya kita dapat mengurangkan jurang 26% tersebut kepada peratusan yang lebih rendah.”

Azaddin merujuk kepada laporan yang dihasilkan oleh Financial Education Well-being Research Centre (FEWRC) AKPK sendiri yang bertajuk ‘From Nine to Five: Navigating Employees’ Financial Well-Being at the Workplace’. yang telah dilancarkan oleh timbalan menteri semasa acara tersebut.

Laporan FEWRC

Pelancaran Laporan Penyelidikan FEWRC AKPK Mengenai Kesejahteraan Kewangan Dan Produktiviti Pekerja:  Persidangan Kesejahteraan Kewangan 
Diskusi mengenai ‘Membangunkan Budaya Pembelajaran dan Pertumbuhan Berterusan’, yang dipengerusikan oleh Shabana M. Hassan, bersama Datuk Wira Shahul Dawood, Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp, dan Zainubiah Abd Aziz, Ketua Pembangunan Bakat di Petronas Leadership Centre.

Secara purata, berdasarkan laporan FEWRC, 70% Pekerja Dewasa Malaysia berada pada tahap kesejahteraan kewangan terendah adalah pekerja yang berprestasi rendah. Sementara itu, 78% daripada mereka yang mempunyai kesejahteraan kewangan tertinggi melebihi jangkaan produktiviti yang diharapkan. Angka-angka ini menyorot peranan penting pendidikan kewangan dalam meningkatkan produktiviti tempat kerja.

Tambah Azaddin lagi, “Apabila kesejahteraan kewangan seseorang meningkat, ia turut meningkatkan kesetiaan pekerja, mewujudkan tenaga kerja yang lebih stabil dan komited. Hasil kajian kami menunjukkan bahawa 91% daripada Pekerja Dewasa Malaysia yang memiliki kesejahteraan kewangan tinggi lebih setia kepada syarikat mereka, manakala 89% daripada mereka yang menghadapi kesejahteraan kewangan yang rendah sedang aktif mencari peluang pekerjaan baru. Wang tidak dapat membeli kesetiaan, tetapi kesejahteraan kewangan mampu melakukannya, kerana kedua-duanya saling berkait rapat. Dengan kesejahteraan kewangan, kami menggariskan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan sumber-sumber yang ada, seperti wang dan pembiayaan, untuk kebaikan diri.”

Walaupun perkara ini penting, namun laporan penyelidikan ini menunjukkan terdapat jurang antara penawaran dan permintaan latihan pendidikan kewangan. Meskipun 74% daripada Pekerja Dewasa Malaysia mempertimbangkan untuk menghadiri kursus kewangan, hanya 48% daripada syarikat yang disoal selidik menganjurkan program-program tersebut untuk pekerja mereka.

Oleh itu, pelancaran laporan FEWRC ini dalam persidangan tersebut dianggap tepat. Azaddin mencadangkan agar integrasi kesejahteraan kewangan pekerja menjadi agenda utama dalam rancangan organisasi untuk meningkatkan produktiviti.

Datuk Wira Shahul Dawood, Ketua Eksekutif HRD Corp, adalah antara figura utama dan pengamal industri yang berkongsi pandangan penting mengenai kesihatan, kewangan, kerjaya, dan transformasi. Personaliti awam yang turut hadir untuk menjayakan acara termasuk Datuk Shalin Zulkifli, Kevin Zahri, dan Douglas Lim.

Persidangan tersebut berakhir dengan persembahan video istimewa yang menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif AKPK di bawah naungan pokok-pokok besar di dalam hutan, menceritakan perjalanan AKPK dan komitmennya yang berterusan dalam memperkukuh ketahanan kewangan di kalangan rakyat Malaysia.

Follow us on:

Read More News at #latestmalaysia #BusinessNews and #WorldFuture

WhatsApp Image 2024 07 08 At 12.09.50 PM 1 1024x607

Leave a Reply

Previous Story

Love Condo: Girlfriend asks Boyfriend $200K to buy Condo or break up

Next Story

To Boycott or To NOT Boycott: KFC Now Launches Scholarships for B40 Students 

Latest from Blog

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights