KUALA LUMPUR, 17 Feb — Umat Islam di seluruh Malaysia akan memulakan ibadah puasa Ramadan pada Khamis, 19 Feb, menurut pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. Pengumuman itu disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Berpuasa Ramadan
Proses melihat anak bulan dijalankan di 29 lokasi seluruh negara, termasuk Baitul Hilal di Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Melaka; Menara Kuala Lumpur; dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Lokasi lain termasuk Telok Kemang di Negeri Sembilan, Bukit Melawati di Kuala Selangor, Bukit Jugra di Banting, serta Balai Cerap Selangor di Sabak Bernam. — Bernama
Read More News on Latest Malaysia
Follow us on:
Read More News on Business News Malaysia
Read More News on SG Business News
Read More News on World Future TV

