Maxis Memperkukuhkan Keupayaan Penyelesaian Awan

1 min read

Kuala Lumpur: Maxis mengukuhkan kedudukannya sebagai Syarikat Penyelesaian Konvergen Terkemuka di Malaysia dengan pengambilalihan Peering One Sdn Bhd, sebuah syarikat penyelesaian awan tempatan yang menumpukan kepada perkhidmatan pengurusan awan hibrid dan persendirian.

Pengambilalihan ini mengukuhkan keupayaan Maxis sebagai penyedia penyelesaian awan sehenti, dengan penawaran lengkap untuk memenuhi spektrum penuh keperluan perniagaan.

Pengambilalihan Peering One terutamanya bagi kumpulan pakar profesional awan, pangkalan pelanggan, dan kedudukan pasaran mereka yang kuat, akan meningkatkan keupayaan Maxis untuk menawarkan penyelesaian awan terbaik bagi hibrid dan persendirian.

“Penyatuan Peering One ke dalam pasukan kami di Maxis adalah tonggak penting dalam perjalanan kami untuk menjadi penyedia penyelesaian awan terbaik untuk pelanggan, dan memperdalam kepakaran domain kami.

“Ini mengukuhkan komitmen kami untuk menyokong inisiatif MyDIGITAL Kerajaan untuk mengubah Malaysia menjadi pemimpin serantau dalam ekonomi digital, dan memberi yang terbaik untuk rakyat dan teknologi bagi membolehkan perniagaan dan negara Terus Meneraju,” kata Paul McManus, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis.

Leave a Reply

Previous Story

Undi Pecat Wakil Rakyat?

Next Story

How Did A Family In Full-House Lockdown Get Infected?

Latest from Blog

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights