Molfix Raikan ‘Bayi Merdeka’ dengan Set Hadiah Istimewa bersama MommyDaddy&i
///

Molfix Raikan ‘Bayi Merdeka’ dengan Set Hadiah Istimewa bersama MommyDaddy&i

1 min read

Kuala Lumpur, 02 September 2025 – Sempena sambutan Hari Merdeka ke-68, Molfix sekali lagi bersama  keluarga Malaysia meraikan detik kelahiran baharu melalui inisiatif tahunan Bayi Merdeka dengan  kerjasama MommyDaddy&i. Memasuki tahun ketiga penganjurannya, kempen ini memberi  penghormatan kepada bayi yang dilahirkan pada 31 Ogos dengan pemberian set hadiah bayi Molfix  khas di hospital-hospital terpilih sekitar Lembah Klang. 

Molfix Raikan ‘Bayi Merdeka’ dengan Set Hadiah Istimewa bersama MommyDaddy&i

Tahun ini, Molfix bekerjasama dengan Hospital Tunku Azizah, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah  Serdang, Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital, Hospital Ohana, serta Hospital Pusrawi  untuk berkongsi keceriaan Merdeka bersama ibu bapa dan bayi mereka. 

Inisiatif Bayi Merdeka ini adalah tanda penghargaan terhadap keluarga yang menyambut ahli baharu  pada Hari Kemerdekaan Malaysia, melambangkan kegembiraan, kebanggaan dan perpaduan yang  diwakili oleh hari istimewa ini. 

Sejak memasuki pasaran Malaysia, Molfix telah mendapat sambutan hangat daripada ibu bapa  kerana lampin berkualiti tinggi yang memberikan keselesaan, kekeringan, dan penjagaan terbaik  untuk bayi. Komitmen jenama ini terhadap kecemerlangan telah meraih pelbagai pengiktirafan,  termasuk Anugerah Lampin Inovatif Terbaik, Tape Terbaik dan Lampin Seluar Terbaik di Parents’  Choice Awards, serta Tape Terbaik dan Lampin Seluar Terbaik di BabyTalk Mama Papa Awards. 

Molfix berbesar hati untuk meneruskan tradisi ini buat tahun ketiga, meraikan semangat Merdeka  bersama keluarga dan berkongsi kegembiraan mereka. Kelahiran seorang anak adalah detik yang  penuh makna, dan kelahiran pada Hari Merdeka menjadikannya lebih istimewa. 

Follow us on:

Read More News at #latestmalaysia #BusinessNews and #WorldFuture

Molfix Raikan ‘Bayi Merdeka’ dengan Set Hadiah Istimewa bersama MommyDaddy&i

Leave a Reply

Previous Story

Five Police Officers Arrested by MACC in Penang Over RM9,000 Bribe

Next Story

Zahid: PAS’ Bid to Woo MCA, MIC May Not Benefit Them

Latest from Blog

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights