Nikmati pesona Venice di nadi ‘The Mines’ bagi merayakan Krismas

2 mins read

Seri Kembangan, 27 November 2021 – Dengan Disember semakin dekat, ia hanya bermakna satu perkara – perayaan Krismas sudah menjelang! Pusat-pusat beli-belah sudah mula mempamerkan hiasan sambutan Krismas tetapi tahun ini, The Mines menambah satu elemen baharu kepada hiasan indah mereka.

Bermula hari ini sehingga 2 Januari 2022, luangkan masa menikmati terusan air ibarat di Venice di The Mines dengan pelayaran direka khas bersempena perayaan Krismas. Lebih dikenali dengan terusan sepanjang 85 meternya, raikan perayaan akhir tahun dengan kelainan di The Mines menerusi pelayaran 20 minit di sekitar Tasik Selatan dan nikmati keindahan sekeliling bersama keluarga dan orang tercinta.

Dengan terusan dimeriahkan dengan aktiviti runcit yang akan menyemarakkan suasana perayaan, pengunjung juga akan mengalu-alukan detik-detik percutian bertema ‘’Krismas Bersinar Menyeronokkan’’ dalam kempen selama sebulan di The Mines. Tinjaulah paparan bertema insta-worthy atau uji kemahiran anda dengan mesin magis dan berpeluang memenangi STARVouchers bernilai RM500! Terdapat juga hadiah premium ekslusif terhad untuk ditebus dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM200. Pengunjung bertuah yang berbelanja minimum RM150 juga berpeluang memenangi STARVoucher. 

Cik Alicia Yuen, Pengurus Besar, Pengurusan Pusat Beli-Belah, CapitaLand Investment (Malaysia) berkata: “Setiap tahun, The Mines berubah menjadi destinasi perayaan penuh magis semasa Krismas bagi membawa keseronokan dan keterujaan kepada pengunjung, peruncit dan komuniti. Tahun ini, kami mahu membawakan keunikan The Mines sebagai satu-satunya pusat beli-belah di Malaysia yang cukup dikenali dengan terus air menyerupai Venice dan tiada yang terbaik untuk melakukannya selain menikmati musim perayaan ini dengan pelayaran unik Krismas yang memukau di The Mines ini. Pengunjung akan menerima ganjaran apabila melawat The Mines semasa kempen Krismas kami dengan hadiah bernilai lebih RM15,000 untuk dimenangi.’’

Dengan begitu banyak penawaran baharu yang menarik, promosi istimewa dan penebusan eksklusif direka khusus untuk anda, para pengunjung boleh mendaftar sebagai ahli CapitaStar bagi meraih lebih banyak ganjaran apabila berbeli-belah di The Mines atau pusat beli-belah CapitaLand yang lain. Terdapat tawaran eksklusif eDeals, ganjaran-ganjaran, barangan eksklusif dan sebagainya menanti ahli CapitaStar. Ahli-ahli juga akan memperoleh jemputan eksklusif ke acara dan promosi yang dikhaskan untuk ahli sahaja.

Untuk keselamatan dan kesejahteraan pengunjung, pekedai, pelanggan dan kakitangan, langkah-langkah keselamatan seiring dengan garis panduan pihak berkuasa berkaitan terus dilaksanakan di The Mines. Waktu operasi pusat beli-belah ialah 10 pagi hingga 10 malam setiap hari manakala operasi pelayaran bot ialah 10 pagi hingga 10 malam, bergantung kepada kesesuaian cuaca.

Photo 2 1024x683
Shoppers can immerse themselves in the mystical festive atmosphere surrounded by sparkling lights and festive merriment on Christmas-themed cruises only at The Mines, Malaysia’s only shopping mall with a 85-metre canal.

Program The Mines’ “A Joyous Christmas Sparkling Campaign” adalah seperti berikut: 

“Perarakan Cahaya” Pengalaman Krismas Segar Memukau

26 Nov’21 – 2 Jan’22 @ Level 1 Mines Cruise

Nikmati persekitaran perayaan mistik dikeliling cahaya berkilauan di dalam pelayaran bertema Krismas kami.

Magical Christmas Claw

26 Nov’21 – 2 Jan’22 @ Level 3 Centre Court

Menangi hadiah menarik dari Claw Machines kami yang menawarkan STARVouchers bernilai RM500! 

Mulakan penebusan token percuma mesin dari Kaunter Maklumat kami hari ini! Terhad kepada penebusan 2 token seorang sehari, sementara stok masih ada.

Penebusan Eksklusif

26 Nov’21 – 2 Jan’22 @ Level 3 Kaunter Maklumat

Tebus Tuala Krismas dengan perbelanjaan minimum RM200 (di dalam 2 resit) atau Lilin Aromaterapi Pokok Krismas dengan perbelanjaan minimum RM350 (di dalam 3 resit). Terhad kepada 2 penebusan seorang, sementara stok masih ada.

Anugerah Pelanggan Bertuah

26 Nov’21 – 2 Jan’22 @ CapitaStar App

Imbas dan muat rutun resit dengan minimum perbelanjaan RM150 menerusi CapitaStar App bagi mendapatkan 1 penyertaan. Sejumlah RM10,000 nilai STARVoucher untuk dimenangi!

Beli 1 Percuma 1 F&B

26 Nov’21 – 2 Jan’22 @ CapitaStar App

Tebus dengan hanya 30 STAR$. Terhad kepada 1 penebusan setiap satu ahli sehari. 

Kuiz Krismas 12 Hari 

14 – 25 Dis’ 21 @ The Mines Facebook

Uji pengetahuan anda mengenai fakta menarik perayaan untuk memenangi lebih banyak STAR$ dari kami!

Leave a Reply

Previous Story

Housewives going mad at rising inflation

Next Story

Singapore tracking the emerging Omicron COVID-19 variant

Latest from Blog

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights