Novartis
(Kiri-kanan) Datuk Dr Muhammad Radzi Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, Mohamed Elwakil, Presiden Negara Novartis Malaysia menerima anugerah daripada YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan disaksikan oleh (Keempat dari kiri) YB Prof. Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Ketua Menteri Sarawak & Menteri Kesihatan Awam, Perumahan & Kerajaan Tempatan Sarawak dan Dr Akhmal Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Clinical Research Malaysia.
////

Novartis Malaysia Diiktiraf Sebagai ‘Penaja Terbaik’ 

2 mins read
  • Novartis Malaysia telah memenangi anugerah ‘Penaja Terbaik’ di Anugerah Penyelidikan Tajaan anjuran tahunan Clinical Research Malaysia (CRM) kerana menyumbang jumlah kajian baharu yang tertinggi pada 2022 dan mencatat salah satu daripada nilai kajian tertinggi secara kumulatif dalam tahun 2022.
  • Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
  • Novartis Malaysia mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan negara, khususnya dalam bidang penyelidikan dan ujian klinikal.

Petaling Jaya, 6 Jun 2023 – Novartis Malaysia telah memenangi gelaran ‘Penaja Terbaik’ di Anugerah Penyelidikan Tajaan Clinical Research Malaysia (CRM) tahunan atas sumbangan cemerlangnya kepada ekosistem penyelidikan klinikal Malaysia

Novartis Malaysia memenangi anugerah atas sumbangannya kepada pelaksanaan jumlah kajian tertinggi pada 2022. Ini merupakan tahun keempat berturut-turut syarikat ini mendahului sebagai penaja utama bagi kajian baharu. 

Novartis
(Kiri -Kanan) Mohamed Elwakil, Presiden Negara Novartis Malaysia bersama dengan Balraj Sethi, Ketua Urusan Perubatan Negara Novartis Malaysia dengan anugerah ‘Penaja Tahun’ kerana menyumbang jumlah kajian baru yang tertinggi pada tahun 2022 dan memiliki salah satu nilai kajian terkumpul tertinggi pada tahun 2022.

Pada 2022, Novartis Malaysia telah melabur dalam 24 ujian klinikal (CT) baharu dalam bidang kardio-metabolik, kanser payu dara, atrofi otot-spina, leukemia, sklerosis berbilang dan oftamologi. Kira-kira 209 pesakit tempatan terlibat dalam kajian-kajian tersebut. 

Pada tahun yang sama, syarikat telah melabur kira-kira RM53.56 juta dalam 79 kajian berterusan,yang merangkumi lebih 25% daripada nilai keseluruhan kajian di Malaysia. 

Mohamed Elwakil, Presiden bagi Novartis Malaysia, berkata:  

“Kami berbangga kerana menerima anugerah ‘Penaja Terbaik’ daripada CRM, sebuah Pertubuhan Pengurusan Tapak yang dimiliki oleh Kementerian Kesihatan. Pengiktirafan ini mengukuhkan lagi komitmen kami untuk mentafsirkan semula perubatan demi menambah baik dan melanjutkan hayat insan.” 

“Novartis Malaysia telah memainkan peranan penting selama ini untuk menyokong usaha mengukuhkan khidmat penjagaan kesihtan negara, khususnya dalam bidang penyelidikan dan ujian klinikal. Kami sukacita untuk turut terlibat dalam inisiatif kerajaan untuk menambah baik keupayaan tempatan, meningkatkan kualiti ujian klinikal dan meluaskan capaian kepada rawatan serba maju di negara ini.”

“Sesungguhnya kami akan terus meningkatkan penglibatan kami dengan kerajaan dan menyokong usaha untuk mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan menerusi penyelidikan klinikal dan penggunaan pintar inovasi teknologi dan digital yang mengguna pakai Bukti Dunia Sebenar (RWE) untuk merintis usaha mencari penyelesaian yang menambah baik rawatan pesakit.”

 Dr Akhmal Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Clinical Research Malaysia, berkata:

“CRM mengiktiraf sumbangan Novartis sebagai Penaja Utama bagi tahun 2022 menerusi jumlah dan nilai kontrak ujian klinikal yang tinggi yang telah dibawa masuk oleh organisasi tersebut ke dalam negara.” 

“Pelbagai ujian klinikal terapeutik yang dilaksanakan oleh Novartis menangani keperluan perubatan pesakit kami yang belum dipenuhi lagi, dengan memberikan capaian awal kepada rawatan inovatif sambil meningkatkan keputusan kesihatan pesakit dalam ujian klinikal.” 

“Nilai yang ditawarkan oleh Malaysia sebagai destinasi ujian klinikal pilihan utama adalah bersandarkan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para penyelidik klinikalnya, pengawasan kawal selia yagn kukuh, penghantaran data klinikal berkualiti tinggi dan proses untuk melaksanakan ujian klinikal yang terselaras di negara ini.” 

Latest Malaysia Read more breaking and trending stories from @LatestMalaysia

Ravi Everest Now Called UNGRATEFUL By Netizens AFTER NOT Thanking Rescuer

One of the bigger news this week is regarding a Malaysian, Ravichandran Tharumalingam was found at 27,000ft on Mount Everest with no oxygen or any guides. However, he failed to mention Gelje Sherpa, (the person who actually rescued him) to which it backfired hard on him.…

More Images

Novartis
(Kiri-kanan) Datuk Dr Muhammad Radzi Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, Mohamed Elwakil, Presiden Negara Novartis Malaysia menerima anugerah daripada YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan disaksikan oleh (Keempat dari kiri) YB Prof. Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Ketua Menteri Sarawak & Menteri Kesihatan Awam, Perumahan & Kerajaan Tempatan Sarawak dan Dr Akhmal Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Clinical Research Malaysia.

Leave a Reply

Previous Story

Twitter User Now Wants To VISIT THAILAND Over Female Stall Owner’s CHEST 

Next Story

Government: No New Laws Needed to Address Hate Speech

Latest from Blog

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights