Seorang pelajar lelaki Tingkatan 2 yang dituduh membunuh pelajar perempuan berusia 16 tahun, Yap Shing Xuen, di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pada 14 Oktober 2025, telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi.
Pelajar Tingkatan 2 Mengaku Tidak Salah
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun hukuman mati tidak boleh dikenakan kerana beliau masih bawah umur.
Sebaliknya, menurut Akta Kanak-Kanak 2001, pesalah bawah 18 tahun akan ditahan atas perintah Yang di-Pertuan Agong atau Sultan. Perbicaraan dijadualkan bermula Julai 2026 selama dua minggu, dengan sesi pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 6 Mac.
Follow us on:
Read More News at #latestmalaysia #BusinessNews and #WorldFuture


