Ia bermula dengan kes pelawak kontroversi, yang mengaku dia ada tujuh teman lelaki dan seorang suami. Pada minggu lepas, dia telah ditangkap polis selepas membuat perlawakan yang menghina agama Islam. Ramai netizen tidak bersetuju dengan tajuk perlawakan dia dan mereka rasa bahawa dia cuma ingin mencari perhatian.
Sekarang, ada seorang netizen di Twitter mendapat informasi yang ‘pelawak’ tersebut mendapat dana sebanyak RM40,000 dari sebuah organisasi yang bernama ‘Lawyers for Liberty’. Salah seorang yang penting dalam organisasi tersebut ialah Latheefa Koya.
Ramai netizen sedang mengkritik Latheefa kerana informasi tersebut. Mereka berkata yang dia berhijab bukan sebab syarat Islam, tetapi rambutnya tidak kemas. Poster asal tersebut mengata bahawa orang parti DAP juga dibelakang Lawyers for Liberty.
