Pemimpin DAP diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu sensitiviti dengan mengeluarkan sentimen-sentimen yang menyentuh isu sensitiviti dan perkauman terutama membabitkan isu agama, kaum, dan institusi diraja (3R) di negara ini.
Tegas, Pengerusi Kelab Bersetia Bersahabat (AZH) Parlimen Kota Bharu Negeri Kelantan. Mohammad’ Irfan Mohd Halmi, mengingatkan semua pemimpin DAP supaya berhenti daripada mengeluarkan sentimen-sentimen yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya berkaitan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi bagi negara dan statusnya dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan, iaitu satu dokumen undang-undang yang tertinggi di Malaysi, yang tidak boleh diubah atau dipersoalkan oleh mana-mana individu.
Pemimpin DAP, Jangan Usik Kedudukan Islam, Hak Melayu dalam Perlembagaan – Pemuda UMNO
Mohammad’ Irfan yang juga Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Kota Bharu, Negeri Kelantan, turut mengulas, cadangan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui dalam persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini supaya portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua, iaitu satu untuk urusan agama Islam dan satu lagi untuk urusan agama bukan Islam, disifatkan sebagai suatu agenda tersurat dan tersirat pemimpin DAP yang hanya akan lebih mendatangkan keburukan berbanding kebaikan kepada negara.
Beliau secara peribadi, berkata, gelagat pemimpin DAP muktahir ini semakin menjadi-jadi seolah-olah sengaja merendahkan martabat Islam serta ingin mencabar kedaulatan Islam dan Perlembagaan khususnya undang-undang yang berkaitan dengan Islam dan umat Islam. Tiga isu ini merupakan perkara yang sensitiviti dan boleh menimbulkan ketidakpuasan hati antara kaum dan agama di negara ini.
“Justeru itu, beliau menyarankan kepada semua pemimpin DAP untuk menghormati sensitiviti Perlembagaan Persekutuan, agama Islam dan institusi Raja-Raja Melayu. Ia juga sejajar dengan prinsip mengutamakan kepentingan awam berbanding dengan kepentingan individu”
Tambah beliau, Pemimpin DAP yang masih tidak memahami tentang sejarah Perlembagaan dan isi kandungannya untuk mempelajari semula peruntukan undang-undang tertinggi di Malaysia iaitu Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan Islam dalam Perlembagaan adalah agama rasmi Persekutuan. katanya menerusi dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini
Mengikut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan tetapi Perkara 11 juga menjamin kebebasan beragama untuk semua, namun tiada peruntukan yang menyediakan tata cara khusus pengurusan agama selain Islam.
Perlembagaan Persekutuan adalah satu payung atau teras bagi memelihara kestabilan negara dan undang-undang juga dibuat berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara.
Bagaimanapun, hak-hak tersebut perlu difahami berdasarkan peruntukan undang-undang bukan melalui naluri dan kehendak sesetengah individu sahaja.
“Jangan cuba pemimpin DAP untuk menjadi juara politik dengan mengubah asas pembentukan negara dan perkara yang boleh menjejaskan isu yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, khususnya berhubung kedudukan Islam dan Raja-Raja Melayu sebagai pemelihara Islam,” tegasnya
“UMNO menghormati prinsip Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan kebajikan semua rakyat Malaysia, termasuk masyarakat bukan Islam, dalam mengamalkan agama dan budaya mereka tanpa halangan di negara ini,”
“Namun, kebebasan ini tidak bermaksud kedudukan Islam boleh dipertikaikan atau dicabar mahupun diubah, Perlembagaan memastikan keseimbangan antara kebebasan individu dan hak negara untuk mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan,”
Menurut Mohammad’ Irfan, Prinsip ini telah lama menjadi asas keharmonian dan kesejahteraan negara. Perkara 10 Perlembagaan yang memperuntukkan hak kebebasan bersuara juga perlu difahami.
“Perkara 11 juga menjamin kebebasan kepercayaan agama lain diamal secara aman damai, namun tiada peruntukan yang menyediakan tata cara khusus pengurusan agama selain Islam,”
“Setiap isu yang mencabar kepentingan agama, bangsa dan Negara akan diladeni oleh Pemuda UMNO dengan nadanya yang tersendiri, sehinggakan kadang-kala merunsingkan kepimpinan induk UMNO. Tetapi itulah cara Pemuda UMNO, yang pantang dicabar dan sanggup melakukan apa sahaja demi maruah agama, bangsa dan tanahair,” ujarnya
Sebelum membuat kenyataan ini, saya memikirkan baik buruknya walaupun tahu ancaman yang bakal diterima tapi saya tetap dengan keputusan berani kerana benar.
MOHAMMAD’ IRFAN BIN MOHD HALMI
Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Kota Bharu, Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Kelab Bersetia Bersahabat (AZH) Parlimen Kota Bharu Negeri Kelantan.
*Nota: Artikel ini disumbangkan oleh penulis tersebut dan tidak semestinya mencerminkan pendapat Latest Malaysia.
*Note: This article is contributed by the writer and does not necessarily reflect the opinions of Latest Malaysia.
Follow us on:
Read More News at #latestmalaysia #BusinessNews and #WorldFuture


