Kolesterol
(2nd dari kiri ke kanan) Dr. Sri Wahyu Taher, Pakar Perubatan Keluarga Perunding, Kementerian Kesihatan, Dato' Sri Dr. Azhari Rosman, Pakar Kardiologi Kanan Kanan, Institute Jantung Negara, Dato' Dr. Wan Azman Wan Ahmad, Profesor dan Pakar Kardiologi Kanan Kanan, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Datuk Dr. Zanariah Hussein, Pakar Endokrinologi Perunding, Hospital Putrajaya, dan Prof. Dr. Asrul Shafie, Profesor Farmakoekonomi, Universiti Sains Malaysia dalam perbincangan panel berkongsi mengenai 'Bolehkah kita mengawal penyakit kardiovaskular'.
/////

Pakar Perubatan Mahukan Pengurusan Kolesterol Tinggi Yang Lebih Berkesan Untuk Membendung Penyakit Kardiovaskular

4 mins read

Kertas kerja Heart Matters Menggariskan Masalah Kolesterol Tinggi Sebagai Faktor Risiko Utama Kardiovaskular Yang Paling Kurang Didiagnosis 

Kuala Lumpur, 8 Jun 2023 – Panel pakar perubatan dari pelbagai bidang hari ini menegaskan kepentingan mengesan dan menguruskan masalah kolesterol tinggi, berserta faktor risiko penyakit kardiovaskular (CVD) lain, untuk mengelakkan serangan jantung dan strok.

Penyakit kardiovaskular kini semakin meningkat di Malaysia dengan pesakit tampil lapan tahun lebih awal berbanding purata global. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 melaporkan bahawa 1-dalam-2 rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes; 4-dalam-10 mempunyai tahap kolesterol yang tinggi; 3-dalam-10 mengalami hipertensi; dan 1-dalam-5 menghidap diabetes mellitus (kencing manis) jenis 2. 

Namun, meskipun masalah kolesterol tinggi menjadi faktor risiko kedua paling lazim, kadar diagnosisnya adalah yang paling rendah (35%)1 di antara semua faktor risiko. Lebih membimbangkan, kira-kira satu perempat (24.6%) orang tidak sedar mereka mempunyai tahap  kolesterol yang tinggi2.

Kepentingan pengurusan kolesterol tinggi

Kolesterol

Perkara ini ditonjolkan semasa taklimat media yang diadakan bersempena pelancaran kertas kerja bertajuk Heart Matters: The Rising Burden of Cardiovascular Disease in Malaysia and Potential Touchpoints for Interventions.  

Panel penulis kertas kerja ini terdiri daripada pakar terkemuka Malaysia dalam bidang kardiologi, endokrinologi, perubatan keluarga, kesihatan awam, dan farmakoekonomi.

Menurut pakar perunding kardiologi dan salah seorang penulis kertas kerja tersebut, Dr Alan Fong, masalah kolesterol tinggi sering dipandang ringan atau remeh. Beliau berkata: “Masalah kolesterol tinggi biasanya tidak menunjukkan simptom yang jelas, inilah sebabnya orang selalu menganggap ia kurang berbahaya. Ramai yang tidak menyedari bahawa masalah kolesterol tinggi, khususnya kolesterol LDL, meningkatkan kemungkinan untuk mendapat penyakit kardiovaskular aterosklerosis atau ASCVD, iaitu jenis penyakit jantung yang paling biasa dihidapi.”

Beliau menjelaskan: “Aterosklerosis adalah keadaan di mana kolesterol LDL dan bahan-bahan lain terkumpul pada bahagian dalam dinding salur darah, membentuk plak aterosklerosis. Lama kelamaan, plak ini boleh menjadi besar dan tebal, terutama apabila tahap kolesterol adalah tinggi. Apabila plak ini semakin besar dan tebal, ia akan menyebabkan penyempitan salur darah yang serius, dan boleh menimbulkan ciri-ciri ASCVD yang mengancam nyawa, seperti serangan jantung atau strok.” 

Kenyataan itu disokong oleh Dato’ Dr Wan Azman Wan Ahmad. Beliau berkata: “Senario pesakit Malaysia kini yang semakin muda cukup membimbangkan. Kebelakangan ini, kami melihat permulaan kes-kes CVD yang lebih awal, dengan purata umur pesakit daripada 56 hingga 59 tahun. Purata umur ini adalah 10 tahun lebih muda berbanding di negara-negara maju. Dan, yang membimbangkan, kira-kira 25% pesakit kita dengan sindrom koronari akut berumur di bawah 50 tahun.”

Kolesterol

Justeru, beliau menegaskan betapa pentingnya untuk pesakit mengambil langkah proaktif bagi memastikan masalah kolesterol tinggi mereka dalam keadaan terkawal. Dia menambah: “Individu yang mempunyai tahap kolesterol LDL tinggi perlu mengubah pandangan mereka. Kami jumpa ramai pesakit yang tidak sanggup atau menentang usaha menguruskan tahap kolesterol mereka secara optimum. Selain perubahan gaya hidup yang diperlukan, pesakit juga hendaklah mengubah persepsi dan kepercayaan mereka terhadap ubat penurun kolesterol. Secara umumnya, statin adalah ubat barisan pertama yang dipreskripsikan kepada pesakit. Malah ada juga rawatan inovatif dalam bentuk suntikan.”

Jelas Dato’ Dr Wan Azman lagi, rawatan inovatif itu menunjukkan potensi lebih baik dalam memperhebatkan penurunan tahap kolesterol  LDL bagi pesakit yang sangat berisiko tinggi dengan kesan sampingan yang minimum dan membantu pesakit untuk lebih mematuhi regimen rawatan mereka. 

Dr Feisul Mustapha, penulis bersama kertas kerja Heart Matters, berharap orang ramai akan mengambil tanggungjawab menjaga kesihatan jantung mereka bukan untuk kesejahteraan diri sendiri dan keluarga sahaja, bahkan demi negara juga.

Timbalan Pengarah Kesihatan Awam di Jabatan Kesihatan Negeri Perak ini pernah bertugas di Kementerian Kesihatan sebagai Timbalan Pengarah (Penyakit Tidak Berjangkit) di Bahagian Kawalan Penyakit.

Dr Feisul berkata: “CVD juga memberi beban besar kepada sistem penjagaan kesihatan. Ia menanggung jumlah kos yang paling tinggi dalam kemasukan ke hospital (47.77%), ujian perubatan (46%), dan ubat-ubatan (53.77%) berbanding penyakit tidak berjangkit (NCD) yang lain.”

“CVD juga menyumbang kepada kehilangan produktiviti yang ketara akibat kematian pramatang iaitu sebanyak 61.72% dan jumlah kehilangan tahun sihat yang mengejutkan iaitu setinggi 59.4% apabila dibandingkan dengan NCD lain.”

Malah, beliau menekankan bahawa 1-dalam-3 rakyat Malaysia mempunyai literasi kesihatan yang rendah, di mana ia boleh menghalang keupayaan mereka untuk memahami penyakit dan mendapatkan rawatan apabila perlu. Beliau mengatakan kepentingan pembabitan masyarakat dan program pendidikan dalam meningkatkan kesedaran tentang kolesterol dan kaitannya dengan CVD.

Acara berkenaan diakhiri dengan perbincangan menarik dalam kalangan penulis kertas kerja. Berdasarkan pengalaman peribadi merawat pesakit dan amalan sebenar menguruskan tahap kolesterol tinggi, mereka bersetuju bahawa setiap orang sama-sama bertanggungjawab untuk menangani masalah CVD yang semakin meningkat. Dengan bekerjasama, kita boleh membendung gelombang penyakit ini yang sekali gus meningkatkan tahap kesihatan semua pihak. 

Kolesterol
(Dari kiri ke kanan) Jonathan Roberts, IQVIA, Dr. Sri Wahyu Taher, Pakar Perubatan Keluarga Perunding, Kementerian Kesihatan, Dato’ Dr. Wan Azman Wan Ahmad, Profesor dan Pakar Kardiologi Kanan, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dato’ Sri Dr. Azhari Rosman, Pakar Kardiologi Kanan Kanan, Institute Jantung Negara, Datuk Dr. Zanariah Hussein, Pakar Endokrinologi Perunding, Hospital Putrajaya, dan Prof. Dr. Asrul Shafie, Profesor Farmakoekonomi, Universiti Sains Malaysia.

Petikan Kata-Kata dari penulis lain dalam Kertas Kerja Heart Matters

  1. DATO’ SRI DR AZHARI ROSMAN, Pakar Perunding Kanan Kardiologi, Institut Jantung Negara: “Meremehkan kepentingan pengesanan awal masalah kolesterol tinggi akan meningkatkan kemungkinan penyakit arteri koronari dan serangan jantung di negara  ini.”  
  1. DATUK DR ZANARIAH HUSSEIN, Pakar Perunding Endokrinologi, Hospital Putrajaya: 

“Semua pesakit kencing manis jenis 2 perlu membuat pemantauan rapi dan menguruskan tahap kolesterol mereka dengan berkesan untuk meminimumkan risiko penyakit kardiovaskular.” 

  1. DR SRI WAHYU TAHER, Pakar Perunding Perubatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia:  

“Pemeriksaan kolesterol tinggi adalah langkah penting dalam rawatan kesihatan dan pesakit perlu bekerjasama dengan petugas kesihatan untuk memahami tahap dan makna kesihatan dalam diri mereka.”

  1. PROF DR ASRUL AKMAL SHAFIE, Pensyarah Farmakoekonomi, Universiti Sains Malaysia: 

“Merawat masalah kolesterol tinggi tidak sepatutnya dinilai berdasarkan kos ubat-ubatan sahaja. Kajian menunjukkan bahawa manfaatnya, termasuk peningkatan kualiti hidup dan jangka hayat, melebihi perbelanjaan yang berkaitan dengan ubat.”

Latest Malaysia Read more breaking and trending stories from @LatestMalaysia

Ravi Everest Now Called UNGRATEFUL By Netizens AFTER NOT Thanking Rescuer

One of the bigger news this week is regarding a Malaysian, Ravichandran Tharumalingam was found at 27,000ft on Mount Everest with no oxygen or any guides. However, he failed to mention Gelje Sherpa, (the person who actually rescued him) to which it backfired hard on him.…

More Images

Leave a Reply

Previous Story

Rowan Atkinson Says Don’t Buy Electric Cars Now

Next Story

Nor Shamsiah Is Aware OPR Hike Hurts Some Malaysians

Latest from Blog

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights