PERSATUAN PERUNCIT
///

Persatuan Peruncit: Kami Tidak Tahu Menahu Mengenai Pelaksanaan GEG

1 min read

KUALA LUMPUR, 6 Oktober 2023 – Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia (FSGMAM) melahirkan rasa kesal terhadap keputusan Kerajaan untuk mempercepatkan pembentangan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Rokok demi Kesihatan Awam 2023 dalam persidangan Dewan Rakyat akan datang, dan menganggapnya sebagai tidak wajar kerana tidak siapa tahu bagaimana pelaksanaan cadangan dasar Generasi Penamat (GEG).

Ulasan FSGMAM ini adalah susulan pengumuman Kementerian Kesihatan (KKM) yang akan membuat bacaan kali kedua Rang Undang-Undang tersebut yang mengekalkan dasar GEG di Dewan Rakyat Selasa ini.

Kenyataan dari Presiden Persatuan Peruncit

Hong Chee Meng, Presiden FSGMAM, berkata, “Kebimbangan utama kami ialah bagaimana GEG akan dilaksanakan. Ini tidak pernah dibincangkan dengan mana-mana pemain runcit dan kami sebagai barisan hadapan yang bakal melaksanakan cadangan tersebut. Kami tidak tahu apakah peruncit akan diminta memeriksa kad pengenalan setiap orang dewasa yang lahir selepas 2007 di masa hadapan dan kami juga tidak tahu jika akan ada aplikasi digital seperti aplikasi MySejahtera untuk setiap perokok lahir sebelum 2007 mesti gunakan setiap kali mereka membeli rokok atau produk vape.”

Hong juga berkata bahawa ahli persatuan itu bimbang dengan pelaksanaan peraturan yang tidak jelas akan menyebabkan ahli didenda berat kerana berita juga melaporkan bahawa Rang Undang-undang yang disemak itu merangkumi denda yang lebih tinggi untuk pembekal.

“Tiada perincian bagaimana ia akan dilaksanakan dan terdapat denda yang sangat tinggi. Ini akan menyebabkan kekacauan dalam sektor peruncitan dan setiap peruncit akan berdepan risiko. Selain itu, apa akan berlaku jika ada mereka yang menggunakan ID palsu atau membayar pembeli peribadi untuk membeli produk tersebut. Kami tidak pasti bahawa peruncit akan dihukum dalam keadaan sedemikian juga.”

“Tiada sesi taklimat dengan Kementerian Kesihatan atau perbincangan dengan sektor peruncitan mengenai semua ini. Mereka tidak memberitahu kami apa-apa mengenai perkara penting seperti itu. Kami mencadangkan agar GEG ditangguhkan dahulu sehingga Kementerian membuat rancangan teratur,” kata Hong.

Hong juga berkata bahawa Kerajaan harus memberi tumpuan kepada memudahkan prosedur untuk menjalankan perniagaan dan tidak memperkenalkan lebih banyak dasar yang rumit.

“Cadangan GEG ini sangat rumit dan ia mendatangkan kesulitan kepada perniagaan. Dengan semua ketidaktentuan ekonomi, inilah masanya perniagaan perlu disokong oleh Kerajaan apabila ia berkaitan dengan kemudahan menjalankan perniagaan dan tidak dikenakan prosedur yang membebankan.”

Follow us on:

Read More News #latestmalaysia

More Images

PERSATUAN PERUNCIT

Leave a Reply

Previous Story

Netizens Now UPSET At Influencers Being Rude to Others 

Next Story

RM1,000 Perfume Now Allegedly Smells Like a “Wet Rat”?

Latest from Blog

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights