Peruncit Hadapi Masa Depan Yang Tidak Pasti Dengan Larangan Merokok

1 min read

myNEWS Retail SDN BHD merayu kepada semua ahli Parlimen untuk menilai semula keputusan mereka sebelum meluluskan Rang Undang-undang Tembakau yang dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin, untuk bacaan kali pertamanya kelmarin.

Mengikut rang undang-undang, mereka yang lahir selepas 2007 tidak lagi dibenarkan merokok, membeli atau memiliki sebarang jenis produk tembakau termasuk vape.

Jika rang undang-undang ini diluluskan, lebih 500 cawangan kami di seluruh Malaysia akan terjejas. Kami baru sahaja keluar dari bayang-bayang Perintah Kawalan Pergerakan dan secara beransur-ansur bangkit semula.

Kami percaya larangan ini akan meningkatkan lagi pertumbuhan rokok haram. Dengan bahagian pasaran melebihi 60%, agensi penguatkuasaan sudah pun bergelut untuk membanteras permerdagangan rokok haram. Larangan rokok secara menyeluruh membolehkan sindiket penyeludupan mendapat dominasi keseluruhan pasaran. Adakah agensi penguatkuasa dapat menghentikan perkara ini? Ini hanya akan menguntungkan sindiket jenayah.

Larangan itu juga akan mendorong mereka yang lahir selepas 2007 beralih ke pasaran haram, sekali gus menjadikan kawalan itu lebih sukar untuk diuruskan dalam jangka panjang.

Ia merupakan satu cabaran untuk melaksanakan larangan itu kerana ia terletak sepenuhnya di bahu peruncit atau penjual akhir yang dikehendaki mematuhi peraturan ini. Kami perlu meminta kad pengenalan pembeli untuk memastikan pembeli memenuhi kriteria umur untuk membeli rokok. Ini bercanggah dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”), dan tidak semua orang selesa berkongsi maklumat peribadi mereka dengan orang yang tidak dikenali.

Di samping itu, proses ini boleh memakan masa, dan kami kini perlu mempertimbangkan untuk menambah bilangan pekerja, kerana tenaga kerja yang mencukupi diperlukan untuk memastikan kami dapat melayan semua pelanggan kami dengan segera. Lebih teruk, Seksyen 17 tidak menafikan peluang mereka yang lahir selepas 2007 untuk bekerja dengan kami.

Seksyen 17 rang undang-undang itu menyatakan hukuman yang bakal dikenakan kepada mereka yang dilahirkan pada 2007 dan seterusnya kerana memiliki produk tembakau walaupun mereka tidak menghisapnya. Pekerja muda adalah penting untuk kemampanan industri kita. myNEWS Retail SDN BHD melahirkan kebimbangan besar tentang penalti berat minimum RM20,000 jika kita gagal mematuhi undang-undang yang melampau itu.

myNEWS Retail SDN BHD berasa kecewa kerana kami tidak dijemput untuk menyatakan pandangan kami mengenai Rang Undang-Undang tembakau ini. Kita sepatutnya menjadi sebahagian daripada perbincangan itu.

Buat masa ini, kerajaan harus memberi focus untuk mendidik generasi akan datang mengenai pengurangan kemudaratan rokok dan tembakau sebelum melaksanakan undang-undang baharu yang menyekat kebebasan memilih mereka.

Adalah sama penting bagi kerajaan untuk menghentikan atau sekurang-kurangnya mengurangkan kelaziman rokok haram di Malaysia sebelum mempertimbangkan sebarang larangan.

Leave a Reply

Previous Story

Historic Anti-party Frog Bill Voted

Next Story

Bersetuju Dengan GEG Serupa Untuk Memotong Sumber Pendapatan Operator Bebas Cukai

Latest from Blog

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights